CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 25, 2009

....seseorang dan sesuatu itu....

...seseorang itu telah mengganggu saya dengan sesuatu yang saya dah buang dan cuba kuburkan dari lubuk rasa jiwa ini. seseorang itu kini cuba menguji ketahanan saya bila saya berkata tidak. seseorang itu cuba menembusi dinding yang saya bina....

tanya saya pada hati.... tapi tiada lagi jawapannya...apa harus saya laku kan... kembali ke paras normal dan lupakan seseorang dengan sesuatunya itu? mungkin dan tidak mustahil kerana hati saya masih bisu untuk sesuatu itu.... biarpun kadang2 saya hanyut bersama khayalan namun saya masih boleh kembali ke paras normal dan masih terasa kaki ini di bumi yang nyata. masih lagi menyedari hakikat luka dan sakit yang dulu, kesannya masih menusuk sukma, masih melarik calar di hati dan itulah sebab hati ini kian membisu.....



Bicara aku pada semilir senja
bersama harapan, impian dan doa
agar reda luka silam
agar ada titian menuju bahagia
sekalipun bukan emas salutannya
bukan perak asasnya
cukup sekadar kukuhnya untuk aku
bertapak menuju bahagia



4 comments:

Ad Rifza said...

Sesuatu itu masih tidak jelas bagi seseorang itu untuk menyatakanya.. Keyakinan mungkin seseorang itu perlu ada dalam menafsirkan sesuatu..Bagilah seseorang itu masa untu memikirkan sesuatu..

nordee said...

lain macam je bunyiknye

hatibisu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sufi Idany said...

Ad : sememangnya seseorang itu perlukan masa sbb pada saya dia keliru dengan tamsilan dari bayangan hati sendiri....dan sesuatu itu juga mungkin sekadar omongan tanpa maksud...

Kak Nordee : lain ke kak... macam biasa je...eheheh

**Untuk yang mengerti....saya pohon maaf seseorang itu bukan kamu.... **

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************