CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 17, 2009

Sendirian dengan sedikit tertekan.

Salam buat semua pengembara di bumi yang kian tandus nilai kasih sayang insani.

Sistem pesanan ringkas 2 3 malam lepas bagi saya sedikit tekanan.
Lancar sungguh bicara dia. Terlupa agaknya dia sedang melayan bicara seorang perempuan yang rapuh hati seperti saya. Lupa agaknya dia tentang hikayat cerita yang pernah saya senandung kan. Rupanya dia makin lupa kenyataan yang saya tidak pernah meminta dia bersusah payah untuk saya selama hari ini. Dia juga lupa yang saya tidak meminta untuk melalui semua rentetan-rentetan itu. Lupa agaknya yang perempuan ini bersendirian di sini. Jauh dan terasing.

Saya sakit bila orang menilai saya tanpa mengambil peluang untuk lebih mengenali saya. Saya kecewa bila orang melihat saya sebagai perempuan dalam kepuraan. Saya benci bila manusia menghukum tanpa pertimbangan untuk keadilan.

Saya suka di lihat sebagai saya yang kuat. Saya yang tabah. Saya yang tidak pernah sesekali menyusahkan orang lain. Saya yang lebih senang berdikari dari bergantung pada orang lain. Saya lebih rela menghitung keringat sendiri dari mengharap jalan saya di mudahkan oleh orang lain. Malas saya nak hitung. Selemah mana pun perempuan ini, saya sorok dalam gelak dan tawa yang menguja. Sesedih mana pun saya, hanya mereka yang tertentu sahaja dapat berkongsi airmata saya. Sesakit mana pun perempuan ini tidak akan pernah menagih simpati orang lain. Hidupnya saya hari ni bukan untuk menyusahkan orang lain. Sedaya upaya saya cuba untuk jadi yang menyenangkan orang lain, yang memberi ketenangan pada yang lain. Tidak sesekali hidupnya saya untuk menyusahkan warga lain...dan kalau itu berlaku mungkin tanpa sedar saya....dan untuk itu saya mohon sejuta kemaafan kerana perempuan ni terlalu kecewa dengan rentetan hidup yang pernah di laluinya.....

Sudah lama saya tidak menghitungnya...tapi 2 malam kebelakangan ini tidur saya di ganggu dengannya.... tegarnya dia.

10 comments:

Yanmie said...

aiseh...sabar ia kak..mungkin ada hikmah disebaliknya..

Ad Rifza said...

Hmmm...siapakah dia?..hehe..sabarlah..Dalam perhubungan sentiasa ada ujian kan..ujianlah yg menyusun alur perhubungan itu yg bagaimana..rite?..kesabaran adalah perlu..tiap apa pun yg berlaku sabar itu yg utama..kan sabar itu sebahagian dari iman..

cendawanintim said...

sabar ye dik..ini masa2 yang sukar buat adik..

Redynne said...

Salam ida,
Moga hatimu yang sabar akan dibalas dgn manisnya kehidupan.. :)

suara said...

Salam buat Ida...
Semoga Allah bukakan jalan damai dalam laluan hubungan kalian.

Kak su faham hati Ida. mambaca apa yg tertera buat kak su kembali mengingati rasa yg lama. Dan sekadar mahu berkongsi ubat jiwa yg pernah kak su telan dulu, kak su tuliskan komen yg agak panjang disini. Moga hati Ida akan menghadamnya sepertimana kak su.

Terkadang, kita meluka atau diluka tanpa sedar.

Dalam persahabatan, kita mahu meluah apa yg di rasa. Kejujuran, itulah yg diharapkan dalam hubungan.

Duka dan tawa yang dihidang, ibarat garam dan gula yang mahu dikongsi bersama, tapi tanpa rela, ia tumpah di hati luka lalu pedihnya terasa. Terkejut dan melatah, hati ditikam oleh bicara tanpa sengaja.

Lalu maafkan dia, walaupun maaf itu tak pernah dia minta. Moga andai ada salah yg dilaku tanpa sedar, kita akan dimaafi jua.


Terkadang, kita mengharapkan segalanya sempurna, bahagia berkekalan selama-lama, tapi kita lupa bahawa apa jua yg ada didunia ini pinjaman semata dan sempurna itu hanya milik Allah saja. Kita hambaNya yang sering alpa dan lupa, bahawa Dia mampu meragut indahnya rasa di jiwa dengan sekelip mata.

Mintalah pada Dia. Andai jalinan yg ada baik untuk dunia dan akhirat, moga Allah pelihara hubungan dan sembuhkan luka. Andai sebaliknya, mohon padaNya dijauhkan saja tanpa sakit dirasa.

Sufi Idany said...

Yanmie : hikmah nye dah akak telan.... huhuhu malas nak serabut2kan pala otak... Sg Sengian ni dh cukup damai utk menenangkan akak.... even ada manusia yang sebegitu.... akak mohon di maafkan.

Ad : siapakah dia tidak penting yang utama sanggup dia menutur bicara setajam itu dan saya bisu utk meneruskan bicara. sekali bicara luka, 2 kali hati saya remuk ad....

Kak Cend : terima kasih kak...kesukaran ini mengajar saya erti kehidupan dan manusia di dalamnya. kesukaran ini jua la yang membenihkan rasa syukur di hati. Alhamdulillah.

Kak Reen : Kadang hati dah keliru nak menghitung sabar kak.... apapun saya bersyukur di anugerahkan semua rasa ini. Terima Kasih kak.... kerana bersama saya.

Kak Su : Membaca komen kak su kali ni menyejukkan rasa di hati. Maaf mungkin dah saya bagi.... tp kesan dar bicara itu masih kukuh utk saya igt kak.... terima kasih kak...senang menelannya mohon di hilangkan segala rasa yang perit ini....:-)

addyaholix said...

sabar sufi,
mungkin itu dugaan buat sufi.

chimera said...

sabar dik.... tuhan bersama org yg sabar... sabar, berikan kemaafan... dan lupakanlah... jgn sesekli biarkan hal2 mcm ni mngganggu rasa aman ida di sana....

Sufi Idany said...

Addy : dugaan untuk lebih kentalkan jiwa aku.... simpati aku dengan pemergian mimi.... eheheh

Abg Chime : tu la... kemaafan yang di pinta dh ida bagi abg... kesan yang di tinggal bukan mudah untuk ida lupa.... huhuhu... ida aman dan damai di sini....alhaldulillah.

Rashid said...

Sufi idany,
Moga tabah & sentiasa memilik hati yang tenang dan damai. Moga juga kedamaian sentiasa tak terusik dek tusukan kata-kata dari seseorang yang tidak dan tak cuba untuk memahami keadaan idany.

Idany, kadang-kala apa yang kita alami sungguh sukar untuk orang lain memahaminya. Walau apapun saya yakin idany tak mudah dan tak akan kalah & ilang semangat kerana lemparan kata dari dia..

Moga kejauhan kerana menjalankan tugas yang mulia akan memberkati dan memberi idany ketenangan ..

Kuatkan diri ekk!!

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************