CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, January 25, 2009

Kesyukuran dalam kesusahan yang menguji.

Salam....
Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan pada DIA yang berhak. Kerana dia yang mengaturkan semuanya ini. Inilah yang terbaik percaturan dariNYA untuk saya disini. Sy bersyukur kerana dengan sedikit kesusahan yang menguji ini, saya dapat rasa sedikit kelapangan. DIA tahu saya mampu untuk mengharungi ujian yang sedikit ini jika di bandingkan dengan kesulitan kawan2 lain yang masuk ke pedalaman 3. Kesempatan berada di Bintulu ini dengan limpahan guru-guru KPLI dari pedalaman yang keluar berkampung, macam2 cerita yang kedengaran, macam2 memori yang tercatat dengan garapan tersendiri.

Semalam, abihkan masa bersama Shida, Rezalman n isterinya Ina... Rezal n Shida masing2 di pedalaman 3. Saya di pedalaman 1 dan Ina di bandar Bintulu ni. Cerita Rezal, dari tempat dia di postingkan nak keluar ke Bintulu ini 12 jam perjalanan dengan 7 kali bertukar kenderaan.... bertukar dari express bot, perahu, bot lagi, hilux (laluan balak), keta sewa, n bas. Kos nak keluar pun boleh tahan. Shida lak express bot, n perahu... masing2 tiada talian tepon.... citer Shida, dia pernah berjalan satu jam naik bukit nak tepon family 1st time kat sana.... jadi jika nak di banding saya 100 kali lebih baik dan kesusahan mereka tiada tandingannya. Dan semua ini mengajar saya erti 1000 kesyukuran dalam kesusahan yang ada.

Saya akui, pengalaman2 pertama di sini terlalu tinggi nilainya pada saya dan mustahil akan hilang dari memori saya dengan mudah. Dekat sini, saya rasa saya kian dekat pada DIA, kata Rezal mungkin kesusahan yang ada buat kita igt pada DIA, doa pun pjg2, ngaji setiap ari.... nada gurau saya kata ini lah manusiakan...bila susah br nak igt Allah. Kadang2 semua ni mengajar kita untuk lebih mengenal hakikat sebuah kehidupan.

Gambar nak bercerita lak.... :)

Inilah sebahagian dari kawasan Sk. Sg. Sengian yang sempat saya snap semalam. Nampak tak rumah kecil kaler putih kat atas bukit? Itulah rumah saya....

Saya yang terkini, bersama Nor (kerani sekolah yang begitu dedikasi dengan tugasnya) time ni tunggu Van nak kuar pagi semalam.
Antara wajah yang menjadi kesayangan saya kali ni.... Udin, Hairi n Radzi. Hairi dan Udin, ari2 ke sekolah tak penah mandi.... hingga kdg2 naik pening saya tp istimewanya mereka buat saya abaikan semua itu kerana keinginan mereka untuk belajar menggagumkan saya....
Wajah gembira pasangan Rezal n Ina, pertama kali jumpa lepas terpisah dek tugas yang di galas... Chaiyok Zal... ujian ni sikit je.... (Ina skang pregnant 4 bulan) dugaan tanpa suami di sisi....

Yummy.... sedap tak udang tu? resepi istimewa saya...hihih... Rebus udang dengan serai titik, tak der garam solusinya saya letak kicap..... sedap dlm kekurangan kami di situ.... bila gaji ni br nak beli dapur sbb ada je mak cik2 iban dtg jual sayur2 kampung....

Mood saya 2 3 ari ni melayang je....
ding dong mcm line tepon kat Sg Sengian.
kejap ok, kejap tk ok.
Kadang suam, kadang sejuk, kadang panas membahang.
apa pengertiannya?
saya dalam pencarian untuk merungkai rahsia rasa ini.

8 comments:

en_me said...

me know, me was there.. kat tengah hutan rumah panjang lagikksss.. salam akak idany tewww..

chekgu Bani Hassim said...

"blessing in disguise" and "every cloud has silver lining"

selamat berkhidmat cikgu!

Keri AlHaj said...

Segala pengorbanan yg kita buat - InsyAllah akan dapat balsan yg setimpal... Allah tahu apa yg terbaik utk kita...

Baca pengalaman orang ni, rasa simpati jugak dan rasa teringin jugak nak laluinya... cabaran memang menyeronokkan dan ada masanya memang memenatkan... tapi... Saya tahu Ida boleh buat... BOLEH!! IDA BOLEH!!!

@LiYaNNuaR ツ said...

u can do it, dear... take care tau... pengalaman yg tiada tandingan gitu...

addyaholix said...

salam sufi,
moga pengorbanan sufi berbaloi dan dibalas setimpal oleh DIA kelak.
doa saya moga sufi terus tabah dan mampu harungi semua yang mendatang Insyaallah.

percayalah, ujian itu datang dari DIA pada kalian kerna kalian antara manusia-manusia terpilih. Sabar dan cekal, hasilnya pasti setinggi gunung dan seluas lautan kelak.

ticer jue said...

salam idany..
kagumla ngan ida..jue rasa jue x mampu kot nk survive kat tmpt mcm tu..kena kat pedalaman semenanjung ni pun jue amik masa nk sesuaikan diri..Nway..take care kay...

Mohd Hazaruddin said...

salam,

cik ida ... sonok gile tk udang2
saya dulu kat sabah beli rm10 jek sekilo aishhh sedapnyer! rebus pun sodap!

salam!

Honey Bee said...

Sufi...
pengalaman sesuatu yang berharga.. mesti seronok di sana...kita belajar tentang erti sebenar sebuah kehidupan...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************