CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 4, 2009

Satu Rangkuman.... Cerita Tanpa Rasa.

Salam untuk semua.

Alhamdulillah hari ini sudah 14 ari kita bpuasa. Witir malam nanti dah kena baca doa Qunut. Dalam masa 2 minggu lgi Ramadhan psti meninggalkan kita. Sinar Syawal menjengah lagi. Sy bukan nak bercerita tentang Raya ek. Saya nak menulis....apa saya tercatit itu lah yang akan di baca kelak.

Kembara ke Kuching dengan Cik Wani n the Gang menyeronokkan.... suka sgt.... thanks to Cik Wani yang mem'PLANNING'kn percutian yang best ini sekali pun saya tk berkesempatan ikut dorg ke Sabah. Sorry to Cik Wani sbb sy tarik diri ke Sabah atas alasan yang Cik Wani je thu....eheheheh.... Next year i pegi ek.... jumpa u kt sana la ek laling. Erm.... memandangkan Cik Wani yang rajin telah meng'UPDATE'kan kembara kami...apa kata kalian yang berminat nk tahu bleh laa bertandang ke umah Cik Wani di sini , di sini dan di sini. (Terima kasih Cik Wani).

Berpuasa di sini.... sy tak jumpa Bazar Ramdhan..... (ada la pergi ari tu ngan Cik Yaya) tp suasana tak sama.... makin kuat detik rindu di hati. Ada je hitungan bila balik nnt. Berbuka puasa tanpa laungan azan.... sesuatu yang pelik n mengharukan hati pada mulanya... jam pada decoder Astro tu la jdi jam sakti tuk wktu berbuka n imsak. Bbuka puasa bersama teman serumah jauh bezanya bila di lingkungan keluarga. Riuh dengan mereka tidak dapat di jadikan penawar untuk saya.

Ada ralat yang tebal di dinding hati saya. Dari hari pertama Ramadhan saya cuba call Abah tapi tak berjawab, kadang2 perempuan mesin tu yang tlg jwabkan. Niat yang ada hanya sekadar untuk bertanya khabar n selebihnya nak mintak maaf untuk setiap zarah dosa yang pernah terpalit, untuk setiap garis luka yang pernah saya lakarkan. Apapun semoga Allah terima puasa dan amalan saya sepanjang Ramadhan ini. Saya cuba kongsikan rasa ini dengan harapan ada kemaafan untuk saya sebagaimana saya berusaha untuk ikhlaskan diri saya padanya.

Awal pagi tadi saya terbaca satu naskhah Tazkirah tajuknya "Mengeluh vs Bersyukur". Saya mengakui kebenarannya. Apabila kita lebih byk mengeluh dari bersyukur mka apa yg kita keluhkan itu ibarat doa. Dan kita tidak menerima setiap apa yang terjadi itu dengan Redha. Hari ini sya sering risaukan tentang jodoh...bkn hari ini la..... mungkin sejak bertahun2 yng lalu. Mengeluh bila kwan2 lain sudah beranak pinak sedang saya msih mencari tangan untuk berpaut. Mengeluh bila rasa cinta di hati saya di persiakan sedang saya mengharapkan satu penghargaan dan penghormatan sebagai manusia wanita. Mengeluh dengan kesunyian sedangkan dlm usia yang mkin menginjak ini saya masih betah untuk melaluinya sendirian. Saya ada sahabat yang tk pernah jauh dari saya, yang sentiasa ada untuk menyokong tatkala saya hilang keampuhan diri. Dan dari naskhah itu saya cuba rungkaikan satu azimat untuk kekuatan diri sendiri. "Bersyukur kerana berada pda tahap ini walau tanpa tangan lelaki, bersyukur kerana Allah menguji saya untuk memperhebatkan lagi jati diri saya, bersyukur kerana Allah telah memilih seseorang yang terbaik untuk saya.....walau bukan hari ini, bukan esk atau lusa.... pasti hari itu akan tiba dalam episod kehidupan saya kerana Allah telah janjikan pasangan untuk setiap hambanya" Ramadhan ini bagi saya sedikit keampuhan dan selarik ketenangan bila saya mampu untuk melawan emosi yang gila ini.

** Saya cuba upload gambar tapi asyik failed je... connection agak tidak memerangsangkan**

~~~~Saya noktahkan dengan Azimat Keampuhan~~~~

2 comments:

Keri AlHaj said...

salam ida...

selamat berpuasa utk hri yg berikutnya... dah ponteng ke belum. heheheh...

Bila ida ceritakan perihal jodoh tu, buat saya tersenyum sendiri je. hmmmm, mungkin sebab saya faham walaupun kita di situasi berbeza...
Apa-apa pun dik, hidup kita ni tetap jugak terikat dgn salah satu takdir Allah yg digelar sebagai jodoh... selagi masanya belum tiba bukan urusan kita untuk merungsingkannya... mulut2 yg nak mengata tu - biarkanlah...
satu masa akan sampai jugak Jodoh ida tu.. Itu kan ketetapan Allah...

Sebenarnya berpuasa dan berbuka kat mana2 pun sama je... cuma bila kita tiba2 terpaksa lari dari kebiasaan tu yg buat jadi sikit ralat tu... tapi masih lagi ok kan. masih punya teman2 senasib, seangkatan...
saya selalu jugak fikirkan macamana saudara2 kita yg kena berjauhan sampai ke nagara org puteh sana... yg mana negara yah tak tahu pun sekarang ni bulan puasa. ujian-ujian zahir dan batin yg lagi hebat... hahah.
dan saya terfikir jugak mcmana cara berpuasa Askar2 kita yg terpkasa berada di Hutan belantara mempertahankan keamanan... Jgn kata nak jumpa bazaar, nak dpt makan cukup untuk berbuka pun belum tentu lagi... kann...
so, walau siapa pun kita, walau di mana pun kita... kita tetap masih bertuah... lebih bertuah lagi sebab kita masih diberi kesempatan untuk teruys mendakap bulan rahmat ni sementara ia belum berakhir...


Ampun maaf... selamat berbuka

addyaholix said...

salam ramadhan dan selamat menyambut aidilfitri.

juga selamat hari lahir =) seperti biasa, moga sentiasa peroleh yang terbaik!

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************