CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 10, 2009

Ya Allah, Aku mohon setitis KETENANGAN dari selautan Rahmat dan Rahman MU.

Salam.

Lelah dan penat berganti.
Hati dan jiwa masih keresahan.
Masih terasa gelora pada kemuncak semalam.
Masih terbayang bait kata yang di larik.
Masih jelas senyum kelat
tatkala menelan semua pengakuan jujur itu.
Semuanya bagai layar pada wayang.
Bersama seribu lagi episod dari siri kehidupan ini.
Bersama sejuta rasa yang di biaskan minda, jiwa dan hati.

Adu saya pada teman.
Aku dah letih,
Aku dan penat.
Aku rasa aku dah give up.
Aku rasa aku dah tak mampu nak fikir.
dan aku fikir aku terus akan gagal.

Pesan si teman pada saya.
Bersabarlah.
Katanya...
Sabar itu penawar
Sabar itu ubat
Sabar itu rahmat.

Buat dia.
Saya mengerti
Saya memahami
Saya tak kesah
Saya tahu
Saya dah agak
Saya dah biasa
Saya dah kalih
dengan situasi ini.
Hati saya dah kebal.

Tapi sekebal dan sekeras hati saya
saya tak bisa untuk berbohong
Saya sedih
Saya menangis
Saya akan terus merindu
kerana saya masih sayang
tapi saya akur
bila takdir sekali lagi
tidak berpihak pada saya
Saya pasrah bila
ketentuan itu tidak bersama saya
Saya redha
bila ujian ini makin menghimpit
bila terlalu banyak persoalan
yang perlu saya jawab
sedang skrip jawapannya
hilang bersama pencarian saya.

Saya rimas
Saya resah
Saya sakit hati
Saya benci
bila saya terpaksa menelan
sebulatnya
setiap pertanyaan sinis
setiap gurauan tajam
setiap kata yang menerjah
ke saraf telinga.

Ya Allah
Aku mohon setitis
KETENANGAN
dari selautan Rahmat
dan Rahman MU.

Amin.

4 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

sayu hati nur baca ni kak.. nape ni kak? huhu..seakan mahu meminjamkan bahu ini pd akak.. nangis la sepuas hati mu... tapi apakan daya, akak di sana dan nur di sini...

nur teringin utk berinteraksi dgn akak..

Keri AlHaj said...

Ya Allah ya Tuhan ku... Kau berilah Segala rasa ketenangan dan kau curahkan ke hati adikku ini... dari bait-biat katanya, dia sedang gelisah...

Percayalah, ada seseorang yg Allah dah tentukan untuk kita di luar sana... Lamabat laun kita akan temuinya... Allah tu sangatttt adil... Kalau kita sudi lepaskan satu-satu perkara yg kita anggapnya sebagai 'baik' - kerana percaya dgn ketentuan Allah... Satu masa Allah akan gantikan dgn perkara yg lebih baik lagi... Hari-hari yg bakal mendatang adalah hari kita.

addyaholix said...

moga Dia buka hati kamu untuk ketemu bahagia. mungkin bukan sekarang sufi, tapi tiap dari kita akan punya bahagia sendiri. pasti!

c_fu^^ said...

salam...
stiap yg berlaku ada hikmahnya..apa yg berlaku menujukkan allah syg dgn kita...kita merancang, allah jua merancang, tapi perancangan Allah lebih baik dari segalanya..InsyaAllah adik akn temui jua yg LEBIH baik nnt...InsyaAllah...

salam ukhuwwah...akak Cfu^^ :)

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************