CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 13, 2009

Cerita dari Lensa..... #2

Assalamu'alaikum pembuka kata untuk semua yang dekat, jauh atau yang selalu intai2 laman hati saya ini... tidak byk yang ingin saya cerita kan.... hanya membiarkan gambar dari lensa Ben-Q saya menyusun cerita mengikut laras bahasa dari pemahaman kita.

Riang-riang dan cicak hutan yang turut sama mendiami rumah saya. Cicak itu la yang dulunya menakutkan saya dengan bunyinya yang pelik. Tapi sekarang riang-riang dan cicak itu la yang menemani sunyi malam saya di Sungai Sengian.

Suasana pagi di Sengian.... kabus putih menyelubungi alam.....seawal 530 pagi dinginnye menggigit ke tulang hitam...

Rumah Panjang Limai.... dari atas bukit ke rumah saya... ni time banjir ari tu.... tapi alhamdulillah banjir tak smpai ke kawasan sekolah saya....

Mengambil kesempatan berkunjung ke perkampungan Penan. Saja luangkan masa jalan2 ngan anak2 Penan. Dah berjanji makanya perlu di tunaikan.... jalan kaki hampir 20 minit membawa saya ke Kg. Yoh Sebumbun Jaya. Bertemankan anak2 saya, mereka sanggup menunggu waktu balik saya semata2 nak saya pergi ke kampung mereka. Guru Besar tak sangka saya btul2 berjalan bersama anak2 Penan ke sana. Saya amik kesempatan ke Rumah Ketua Kampung, En Yoh bin Mejuai. Gambar atas ; itulah mereka sebahagian anak2 Penan yang menjadi buah hati saya di sini yang teruja bila saya bgth ingin ke kampung mereka.

Kaum ibu bangsa Iban mencari ikan untuk santapan.... huhuhu.... ini dalam perjalanan balik dari Kg Yoh.... melihat aktiviti seharian mereka berikan saya satu pengalaman yang sy tidak jumpa di Semenanjung. Kebudayaan dan adat yang berbeza sama sekali.

hehehe.... ini lah hasil kunjungan pertama saya ke Kg Yoh.... paku pakis dan la midin. rajin anak2 Penan ni berpanas carikan sayur tu untuk saya.... tak abih untuk kami ber4. saya agihkan sikit untuk Cikgu Mai.

Sekian sahaja cerita hari ni.....

8 comments:

nordee said...

nampaknya idani semakin pandai menyesuaikan diri...

Ad Rifza said...

Alhamdulillah..keadaan yang tidak biasa semakin terbiasa..Mungkin Sufi boleh merasa hikmah Sufi disana...
Mga terus tabah dan sabar dalam meneruskan perjuangan untuk mendidik anak-anak Malaysia..
Riang-riang tu ore Klate panggil ibu kemarau kan?..hehe..

en_me said...

cekgu tak terai ulat sagooo kat umah panjai iban tewww.. ehehe

Sufi Idany said...

Kak Nordee : Alhamdulillah akak... masa perlu utk biasakan diri disini. so far.... semuanya akan jadi baik kan?

Ad : Alhamdulillah Ad, semuanya nmpknya semakin baik. ntah laa kat sini kami org pggl riang2 sbb bunyinya yang membingitkan telinga.

En. Me : saya tak berkeberanian lagi nak jejak kaki ke rumah pjg itu.... hihihih

Rashid said...

ermm sungguh menarik sekali perjalanan yang dilalui..

Pengalaman yang terlalu berharga..

Sufi Idany said...

Cikgu Rashid : Lama cikgu tak komen kat blog saya.... ingat dh lupakan saya.... suka tgk kemeriahan blog cikgu skang.... mcm pelangi dengan 7 warnanya....

suara said...

Tetiba kak su rasa nak sangat ke sana. Desa dan kabus... indah sekali. rindu suasana itu.

Sufi Idany said...

Kak Sue : sila lah bertandang.... di alu2kan... nnt contact laal ida bleh ronggeng sesama....eheheh mungkin bleh berkongsi ubat dengan kak su.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************