CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 6, 2009

Rahmat menanti di Bumi Bintulu.... InsyaAllah.

Salam untuk semua....
Alhamdulillah, setelah menempuh penerbangan hampir 2jam 10min dari KLIA ke Bintulu Kumpulan ke 4 GSST 2009 yang di postingkan ke Bintulu selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu. Setelah urusan imigresen selesai kami di sambut oleh 2 orang pegawai dari JPN Sarawak. Kumpulan ke 4 melibatkan 54 orang Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) dari semenanjung dari pelbagai opsyen (sepatutnya 60 orang ; lagi 6 org tak dapat di kesan). Bersama saya dalam kumpulan ini adalah Cikgu Redzuan dan isteri, Nurul Aqmar dan Ina (rezalman's wife), ni yang saya mmg kenal laa.... yang lelain tu sumer tk kenal dan kami kenal2 kat sini la. Dari airport Bintulu kami di angkut dengan 3 buah bas ke Regency Hotel Bintulu. perjalanan mengambil masa hampir 30 min (saya agak je.... lebih kurang kot). Sepanjang perjalanan ke hotel masing2 hanyut dalam dunia masing2. mungkin memikirkan nasib esok pagi kemana langkah seterusnya akan di aturkan. Mungkin teringatkan kampung halaman, ada yg busy dengan hp, kejap2 call, kejap2 sms.... mungkin ingin di kongsi dengan rakan, sedara mara, sahabat handai di tanah semenanjung. Saya sendiri pun, call family, call abg, sms kezen, sms adik, sms acha, sms nani, sms Abg Rahman, dan yang lelain. Hujan mengiringi ketibaan kami... dalam hati terdetik.... mungkin ini tanda kerahmatan Allah pada kami di bumi yang asing dan jauh dari tanah semenanjung. Rahmat menandakan Bintulu menerima kami dengan lapang selapang hati kami yang berkelana sejauh ini berbakti demi anak bangsa Malaysia.

Sejauh saya berkelana ini, ada beberapa orang yang meninggalkan keratan memori yang tersendiri dalam diri saya. Mungkin saya hanya perasan sendirian tp ada melodi yang sedikit menyentuh lubuk hati saya. Entah la.... mungkin kerana saya sentiasa berprasangka yang diri saya jarang di hargai, even oleh family terdekat.... bukan mengungkit sikit pun tidak terlorek di hati saya. Tapi saya rasa ada insan yang begitu menghargai kehadiran saya dalam perjalanan kehidupan mereka.... ayat Acha lewat pertemuan semalam (lunch date) "da, kalu aku ada keta aku sanggup tinggalkan keja jup n anta ko kat KLIA" - bila dia tahu tak der sapa pun yang akan menemani saya ke KLIA. tp dia sendiri tahu saya tetap saya. Selagi saya mampu saya tetap usahakan sendirian. Dan saya tahu dia sentiasa menghargai saya. msg nani "bila mu dpt KPLI kat KL aku rasa mu dh jauh dari aku, ni plak bila posting ke Bintulu aku rasa kehilangan sst", sendu yang di tahan bila dia call b4 saya fly pagi tadi meninggalkan kesan di hati saya. Sms Abg Rahman pagi tadi "Awak tunggu saya kat KLIA, nanti saya datang ok...." erm biar btul.... dlm tk percaya Abg Rahman datang.... tunggu sampai saya boarding. sedikit senang dengan dia.... ah.......saya mungkin jauh di bawa perasaan sendiri.... perasan lak saya ni.... kalu Abg Rahman baca sini sure tergelak besar dia.... apapun terima kasih kerana luangkan masa tuk ida pagi td.

**10:49pm ; br lepas taklimat.... pg esok surat penempatan akan di agihkan dan esok akan bermula laa episod baru dalam lipatan hidup saya secara rasminya bergelar Cikgu Hida. Seawal jam 8 pagi sok akan terjawab di mana keringat saya akan di hitung samada di Bintulu, Sebauh atau Tatau....

Indahnya Laut China Selatan
dari atas.... pada mata sang camar bebas.

9 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

alhamdulillah... selamat tiba di Bumi Bintulu... cekalkan hati yg laling... muahhh... take care... lega rasanya...

UnGu VioLet said...

I'm always with you sis!!!

chekgu Bani Hassim said...

herm..pengalaman yg hampir same dgn member2 aku yg dipostingkan ke sane ogos lepas...
mule2 mmg ramai yg dtg utk posting, lame2, bile dah pecah2 ke sekolah, masing2 bawak haluan masing2..

berdoa, tawakal, mohon diberikan pertolongan dipermudahkan jalan...

Laa Tahzan!

Ad Rifza said...

Alhamdulillah...Semuanya sudah ketentuanNYA...Moga yang terbaik dan semuanya dipermudahkan.. Insyallah...Sabar dan terus bersemangat yea..Ad tau Ida seorang cikgu yang bersemangat melakukan sesuatu dengan jayanya... Insyallah..Good Luck kay..

Azwani Shaari said...

camne skolah? p1?p2?p3? ke takdak p? hehe

addyaholix said...

Alhamdulillah sufi selamat sampai.
Moga sufi mampu menempuh dugaan berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan. Moga sufi peroleh yang terbaik!

en_me said...

alhamdulillah selamat semuanya..

suara said...

Salam Ida...
Kak su doakan agar Ida dipermudahkan segala urusan di sana, dan diberi kebaikan yang berganda. InsyaAllah.

UnGu VioLet said...

slm kak, ade award menanti utk akak.. dtg ambik yer!!!

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************