CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 24, 2009

Cerita dari lensa.....

Salam untuk semua yang setia mengunjungi laman hati saya ini, untuk mereka yang sentiasa menantikan cerita terbaru dari saya...(ada ke yang menanti2 ni...eheheh). Harap2 ada laa yang masih sudi bertandang meskipun saya tidak punyai kesempatan seperti sebelumnya..... cerita hari ni....? Saya skang ada kat Lai Lai Inn Bintulu, sekolah cuti sempena CNY seminggu campur tolak weekend jadi 9 ari.... untuk berada di Sengian rasanya ketakutan saya membataskan.... semua org keluar, ada balik kampung, jadi tinggal kami berdua....(sy n Kak Irma), Nana balik Samarahan (umah neneknya), Saadah lak hubby dia dtg bercuti kat Bintulu ni... jadi solusi nya sy n Kak Irma kuar bermalam kat Bintulu ni.... mungkin smpai Rabu baru masuk balik sana... Khamis kerani sekolah kerja..... jadi ada laa keberanian sket.... eheheh.....

Untuk entry ini biar gambar bercerita k....

Antara kawan yang sama flight ngan saya dari KLIA, (Ina, Wan & his wife)
Gambar kat Airport Bintulu - Taklimat pertama dari PPG Bintulu
Tu je barang yang saya bawa.... antara yang beg kecik n sikit...
yang lelain saya perhatikan dengan Luggage besar2 sumernya.....

1st day kat Sg. Sengian, GB bwk beli barang2 keperluan,
bilik saya, makanan pertama dan saya yang lencun bermain hujan....
huhuhuh...

Ini lah kediaman saya...Rumah Guru No. 3 SK Sg. Sengian....
ni 1st day masuk.... skang dh berubah wajahnya....
Sudah ceria dan tidak lagi suram seperti sebelumnya....

Pengalaman pertama yang tak mudah untuk saya lupakan.....
Lencun saya bermandikan hujan.... inilah operasi pertama saya tadah
air hujan untuk kegunaan harian.... waktu ni saliran tu bocor....
kesempatan tuk saya basuh baju n mandi juga....
Yang tidak mungkin akan luput dari memori saya....

1st outing ke Bintulu....
beli stok makanan, mineral water n kelengkapan lain...

Laluan saya dari ke sekolah setiap hari..... ini lah laluan kami.
telah di perelokkan.... tp bahaya mengundang tidak kira masanya

Satu2nya laluan dari keluar dari Sk Sg. Sengian ke Jalan Bintulu-Miri....
jauh tidak dpt sy anggarkan... perjalanan 20 - 25 min
bergantung kepada keadaan jalan....

p/s : terima kasih kepada pengunjung2 baru, yang setia mengikuti
laman saya ini.... maaf kerana saya tidak punya kesempatan untuk
membuat kunjungan balas...insyaAllah....
sehingga Selasa saya akan cuba mulakan jelajah saya....
rindu untuk menyusuri denai2 kehidupan kawan2....
kak azza, kak reen, acha, Ad, Abg Chime, Kak su, Miim,
Mar, Milo, Aliya, Addy, dan ramai lagi....



6 comments:

Redynne™ said...

Ida,
Akak sentiasa b'sama ida walau x t'zahir pada nyata..

Jage diri sis..mmmuaaaaxx!!

chekgu Bani Hassim said...

mcm dok hostel lak tgk...
pengalaman ni, akan jadi sgt manis bile dikenang balik nanti..

be strong ye cikgu..!

Cikgu Kool said...

Waduh waduh....bebaik perbaiki kebocoran itu..jgn sampai di skoden nanti!

Ad Rifza said...

Tersentuh dengan kepayahan yang diterjemahkan..tetapi sedikit syukur dengan membezakan dengan pendalaman yang lebih jauh..Ni pendalaman pertama kedua atau ketiga..Elaunnya banyak kan..hehe..Ada lalu jalan air tak nak ke sekolah tu?...
Moga terus tabah dan bersemangat untuk mendidik anak bangsa malaysia..Insyallah kudrat dan semangat diri akan diperhitung nanti..

Sufi Idany said...

Kak Reen : Akak, ida tahu akak sentiasa ada dengan ida.... sekali ppun terpisah dek Laut China Selatan, namun kasih syg akak ida rasa...kalu tak akak tak akan snggup di ggu dari tido saat ida betul2 rasa down.... kalu tidak mungkin akak tidak akan berkongsi rasa dlm mencari erti kekuatan kita.....

Cekgu BH : Pengalaman ini tidak mungkin mudah untuk di lupakan begitu sahaja... nilainya tinggi dalam jiwa saya.

DDY Cool : Sudah di perbaiki... dah elok n tak bocor lagi... bila hujan je air dah mengalir laju ke tangki kat belakang umah tu....

Ad : Allah tahu saya mampu untuk harungi kesusahan yang sedikit ini.... kawan2 lain lagi jauh ke pedalaman sana... nnt saya updet citer kawan2 k....

Mohd Hazaruddin said...

salam,

cikgu ida ... now i know ur condition ... however, take care k!

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************