CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 21, 2009

Sesuatu perlukan perubahan....

Salam....

Sesuatu perlukan perubahan.... berganjak dari kedudukan sekarang. Saya perlu melaluinya. Saya harus bermula hari ini. Minda dan jiwa lama sepatutnya sudah berabad saya kuburkan. Saya perlu jadi saya yang baru. Huh!! meski pun sejuta kali azam sebegini tertanam dlm diri saya.....meski pun setiap tahun saya beriltizam utk berubah....dan sehingga ke detik ini saya masih saya yang lama. Kalau pun ada hanya sedikit kegembiraan. Selebihnya yang ada rintihan nurani saya yang makin berkecamuk. Berperang dengan rasa hati sendiri rupanya lebih teruk dari berdepan dengan nista manusia lain. Tidak mudah untuk saya nafikan apa yang saya rasa, apa yang hati saya dentingkan lewat masa itu.

Tanah datar ini menghidangkan saya dengan pelbagai ragam keriuhan, namun saya masih terperosok bersama kesunyian dan kesepian yang makin menggigit. Sekalipun masih mampu saya gariskan senyuman, namun mungkin sekadar bermanis muka kerana hakikatnya inilah hipokrasi saya dan kehidupan.

Semuanya berlaku dengan kehendak DIA. Semuanya dari percaturanNYA. Saya perlu ajar hati saya untuk REDHA dan terima semuanya sebagai yang terbaik dari DIA. Tidak REDHA dengan apa yang berlaku, ibarat kata saya menidakkan Takdir Allah. Semua yang berlaku dengan sebab. Tidak hari ini, mungkin esok, tidak esok mungkin lusa, peluang dan ruang pasti ada untuk saya zahirkan segalanya. Dan jika bukan dia pasti ada yang lain kan?

Saya perlukan perubahan.



Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan

Bintang jangan terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah..

7 comments:

Adinda Amy Sensei said...

salam idany..

bintang jangan kau sedih..bangkitlah dari kesilaman masa lalu yang mendukakan..

p/s: moga kamu gembira hendaknya..

Keri AlHaj said...

tiap-tiap perubahan memerlukan langkah pertama utk memulakannya... memang kebiasaan, langkah prtama adalah yg paling sukar.. tapi bila dah mulakan langkah pertama, langkah ke2 pasti akan muncul. walaupu sukar, tapi tidak lagi sesukar langkah pertama, berikutnya langkah3 akan menjadi lebih mudah, langkah ke 4 terasa makin selesa... dan lankah setrusnya kita boleh lalui sambil berrlari...

saya selalu ingatkan diri - kita adalah apa yg kita pilih... jadi kenapa mesti pilih utuk berada dlm kesunyian dan sekesepian, sedangkan kita boleh nikmati keriuhan... kita adalah apa yg kita pilih... jadi pilihlah yg terbaik.. utk diri kita jugak kan..

kenapa perlu bicara dgn bintang...
Ada baiknya kalau bicara dgn Allah...

Ad Rifza said...

Yup kita sering fikirkan untuk lakukan perubahan walau berapa kali kita fikir dan merancang sekian kali itulah kita masih gagal dan terus berada dalam tiada perubahan..Kita tidak boleh kalah dan lemah dalam percaturan hidup yg sering bertukar dan teralih ini..Perancangan dan persediaan harus bersambung dan tidak putus..
Sunyi dan sepi adalah suatu episod yg wajib dilalui oleh sesiapa yg bernama manusia..Malah dalam ramai juga ada yang sunyi dan sepi..Rasa yang ada yg hanya boleh dikawal diri..
Mohon padaNYA..Minta jalan ini tersedia dan terncang dengan dipermudahkan olehNYA..Insyallah..DIA maha mendengar ..rintihlah,rayulah padaNYA..Insyallah suatu masa dan ketika kita tidak tersangka2 dengan anugerahNYA nanti..Insyallah..
Setiap nafas dan denyut nadi kita hanyalah kepadaNYA..Maka jgn khuatir akan nasib diri..Insyallah Allah akan permudahkan segalanya..

addyaholix said...

salam kak sufi!
kita punya pilihan. bohong kalau kata kita tak ada pilihan. hidup akan selalu punya pilihan. terpulang pada diri sendiri untuk memilih antara pilihan yang ada atau pon memilih untuk tidak memilih. tepuk dada tanya iman.

dah boleh buka blog abang chime ke?

Kamsiah yusoff said...

Tuhan menguji hambanya sesuai dgn kemampuan kita...sesungguhnya Dia tahu apa yg terbaik utk kita...buangkan kesedihan itu dan nikmatilah hidup yg singkat ini dgn senyuman...hargailah diri anda sendiri...sayangi diri sendiri...

SHIMI said...

salam
lama sudah tidak kesini lantaran kesibukan dunia.

jangan la sedih2

Keri AlHaj said...

salam..
ni nak bagi tau, atas masalah teknikal yg menyusahkan - url blog saya kena tukar sikit. i-chimera tukar jadi el-chimera.blogspot.com.. (mcmlah ada org kesah). ntah nape yg lama tu tak leh nak view pulak...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************