CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 12, 2008

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak mendengar….namun sentiasa bergetar,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak buta….namun sentiasa melihat dan merasa,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak menyeksa…. Namun sentiasa menguji,

Jika ia sebuah cinta....

Ia tidak memaksa….namun sentiasa berusaha,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak cantik…. Namun sentiasa menarik,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak datang dengan kata….

Namun sentiasa menghampiri dengan hati,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak terucap dengan kata…..

Namun sentiasa hadir dengan sinar mata,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak hanya berjanji….

Namun sentiasa cuba memenangi,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia mungkin tidak suci…. Namun sentiasa harmoni,

Jika ia sebuah cinta…..

Ia tidak hadir kerana permintaan….

Namun hadir kerana ketentuan,

Jika ia sebuah cinta….

Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan….

Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************