Salam
Kala hati merusuh walang
Jiwa tertekan pada hakikat
Rela dan terpaksa
Cuba untuk aku leraikan
Setiap kekusutan yang membelit
Redha aku pada sejalur kenyataan
Bukan dia untuk ku
Bukan aku untuk dia
Tidak kami untuk bersama
Redha aku dengan azimat
Ini bukan permainan
Akur aku dengan ceritera ini
Senyum manis ku buat penamat
Ada titis di tubir mata
Menahan sendu pada lambaian akhir
Bukan dia untuk ku.
Kala hati merusuh walang
Jiwa tertekan pada hakikat
Rela dan terpaksa
Cuba untuk aku leraikan
Setiap kekusutan yang membelit
Redha aku pada sejalur kenyataan
Bukan dia untuk ku
Bukan aku untuk dia
Tidak kami untuk bersama
Redha aku dengan azimat
Ini bukan permainan
Akur aku dengan ceritera ini
Senyum manis ku buat penamat
Ada titis di tubir mata
Menahan sendu pada lambaian akhir
Bukan dia untuk ku.
1 comment:
KETENTUAN itu mana mungkin kita dapat TAKWIL..Apa yang berlaku REDHA itu perlu..PASRAH dengan apa sahaja yang berlaku akan menengkan jiwa.Walaupun kadang2 jiwa terusik tapi kita dapat tanganinya dengan AQAL yang TEGAR..INSYALLAH..
Post a Comment