Kadang-kadang kita lupa dan sering meminggirkan sesuatu yang kita fikirkan tidak bermakna atau mungkin pada hemat kita ianya tidak memberikan kesan untuk kita dan kehidupan kita seterusnya. Saya kecewa kadang melihat dan memerhati gelagat segelintir manusia yang alpa, lalai dan mungkin sengaja melupakan kata dan janji yang pernah di ucapkan. Saya akui tidak pernah ada walau sebaris janji yang di lafazkan untuk saya... namun silapkah saya bila saya menilai dari tindakan dia, baris-baris sms dia yang memenuhi inbox hp saya, kata-kata pujukan saat dia meminta saya untuk bersabar, permintaan dia untuk tempoh bertenang, permintaan dia untuk berfikir.... ? atau saya yang silap menghitung setiap permintaan itu kerana mungkin itu hanya helah dan alasan untuk dia lepaskan diri dari saya? atau selama ini saya terlalu mendesak dia? atau mungkin selama ini saya cukup menyesakkan hatinya? makin banyak persoalan yang berkembang dalam kotak minda ini, makin saya rasa tiada ruang untuk saya lagi. sekalipun saya terus menghitung kesabaran, mengira2 masa yang telah terbuang, pertimbangan saya yang bukan sedikit..... rupa-rupanya ini mmg bahagian utk saya. saya harus redha menerimanya. tidak perlu lagi saya perhitungkan tentang persoalan hati ini lagi.... jawapan nya sudah di muktamadkan.... dia mungkin lega kini. dia tidak perlukan waktu lg utk dia fikirkan tentang hubungan ini jika hakikatnya dia tidak pernah fikirkannya. berkali sy cuba terangkan..... cuba yakin kan..... semuanya mungkin tidak berbekas di hati dia. dulu saya begitu menghargai komunikasi yang ada antara kami... kami berbicara ttg apa sahaja..... kini semuanya tinggal kenangan. saya masih terkenangkan lagu yang dia alunkan untuk saya. masih juga saya teringatkan cermin yang dia hasilkan dari kerja tangannya sendiri untuk saya..... walau simple buatannya.... tapi buat saya tersentuh bila melihatnya. saya harus lepaskan diri saya dr semua rasa ini. saya perlu terus aturkan langkah saya.... di mana penamatnya nanti saya akur dan saya sepatutnya tidak perlu menangis untuk perpisahan ini. selama ini saya ikhlaskan diri saya. Saya tahu apa sebenarnya yang menghalang dia untuk yakin dengan diri saya. Mungkin ini kesilapan saya bila memilih untuk berterus terang. Rupanya tidak bagus jika kita terlalu jadi org yang jujur. Terlalu berterus terang tidak menjanjikan kemenangan itu berpihak pada kita. Saya lepaskan semua bebanan rasa ini. Saya perlu lupakan impian kosong itu. Saya perlu bebaskan diri dari perhubungan yang tiada rasa dan tidak punya walau selorek harapan pun. Keselesaan dulu mungkin kini duri yang merobek hati saya jadi kepingan kecil. Saya harap saya mampu telan kekecewaan kali ini mcm mana saya telan kekecewaan sebelumnya.
~Dan kini.... inilah penamatnya Saya & Dia~
~Titik ini dengan rasa~
Kita sering dibatasi reality & fantasi,
saat cinta bersemi, bersama kita berilusi,
disitulah kita mengenal ertinya budi,
kasih sayang dan peribadi.
Pada detik yang ngeri,
yang tak pernah termimpi,
ku dibaluti sepi,
saat itu kenangan membara lagi
meracuni hati yang keterlanjuran ….
3 comments:
tabah lah kak...
adat percintaan...
kadang rasa ingin jadi seperti tak berperasaan...
tapi nanti dituduh gila..
teruskan hidup...
perjalanan kita masih jauh...
sinar pasti menunggu di hujung sana...
Salam Idany...
Kita perempuan memang terlalu mudah tersentuh dengan perhatian dan pemberian. Walaupun tidak ada nilai dari segi RM, tapi kesannya besar pada kenangan dan mata hati kita. Dia yang memberi, mungkin menganggap ianya biasa saja.
Sabar ye dik. Moga Allah bekalkan kamu dengan kekuatan jiwa yang mampu menangkis apa juga dugaan
p/s: Teringat pemberian suami yang pertama, lebih 20 tahun dulu (zaman sekolah). Bulu pelepah ayam belanda yang kak su jadikan penanda buku. Masih tersimpan sehingga sekarang.
AD suka sangat lagu realiti dan fantasi crossfire tu...Suka sgt2..Masa blaja dulu selalau dgr...Kalo dgr ingat zaman2 skolah dulu2..hehe..
Sufi,kdang2 kita perlu melupakan semuanya yang pernah bertandang dalam hidup kita,mungkin kita rasa amat payah untuk melupakan semuanya..Ad yakin tiada siapa yang akan melupakan terus apa yang telah terjadi dalam hidup ini tapi dalam penerusan hidup yang singkat ini kita harus kuat untuk melupakan semuanya yang terjadi..Kita harus dan tiada pilihan kerana dengan bayangan itulah yang membuatkan kita sering gagal dan lalai dalam mencari erti hidup yang sebenarnya..Iyalah kadang2 ianya datang tapi ianya akan pergi kembali jika kita berusaha untuk mengabaikannya..Terus kuat dan bersemangat kerana dalam hidup ini banyak lagi perkara yang harus kita kejar dan miliki..Mungkin yang akan datang adalah yang lebih baik buat kita..INSYALLAH
Post a Comment