CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 28, 2008

Cerita cuti sekolah.....

Assalamu'alaikum.....
Aku kembali mencoretkan apa yang terbit dari relung hati ni.... minggu lepas sempena cuti sekolah dan aku sebagai seorang guru begitu teruja untuk habiskan cuti kat kampung. aku sendiri macam tak percaya dengan keterujaan diri. Mungkin ada rindu yang mengamit aku untuk berada di sisinya.... sendu yang lahir menyentak aku.... dalam keadaan-keadaan ini aku perlu fikirkan tentang hati-hati mereka. terima kasih kerana besarkan aku, didik, jaga aku, bagi aku semangat, jadikan aku manusia, dan yang penting kerana memahami jiwa tandus ini. (tiba2 hati berlagu walang, melankoliknya jalan kehidupan aku satu waktu dulu) ada titis yang menuruni pipi bila aku ingatkan semua tu... huh!!! aku bukan nya nak bukak cerita sedih.... aku nak citer pasal cuti sekolah aku. ahaks....

seminggu kat kampung aku banyak habiskan masa kat umah.... kali ni hati aku jadi lembut...mungkin berkat doa2 mereka yang tak pernah putus untuk aku.... mungkin juga ada rasa paling dalam di relung hati ini yang memijak-mijak hujung rasa, seterusnya melembutkan kekerasan hati ini..... (alhamdulillah, ada sedikit tenang dalam gelora dan kesakitan bertahun yang lalu.) aku sebenarnya nak ceritakan aku g visited nenek aku. setelah sekian lama aku akhirnya jejak kaki gak kat umah tu lagi.... kalu pergi sorg2 rasanya aku pasti sesat ntah kemana2.... (pelik kan? cucu apa laa aku ni umah nenek pun tk tahu kat mana.... cerita ni panjang dan aku tk berniat nak buka kembali) kebetulan abg cuti seminggu gak.... (nak manje2 ngan wife laa konon nya....maklum laa bila PJJ nih) dia laa yg beria2 ajak aku.... ajak mama, katanya nak kenalkan wife dia kat org tua tu..huk3 dah setahun dh dia kawen. erm... aku pergi dengan tak sepenuh hati.... sbb aku tk tahu samada aku bleh tahan diri dari menangis or aku akan kalah dengan rasa yang menyesakkan ni. lembut hati dan penerimaan kali ini tidak bermakna aku dah lupakan cerita 20 thn lalu. bukan dendam yang tersorok tp mungkin satu kenangan yang begitu meninggalkan kesan sehingga calarnya aku bawa ke hari ini. Seharian kat sana, aku tk lihat dia sebagai org baru sbb dia tidak mudah utk berubah...., melihat 3 adik aku yang tercicir dan terasing jatuh airmata aku.... sedey kerana mereka ber3 tidak pernah bersalah tp kenapa perlu melalui kehidupan yang macam tu.... (aku ni ada adik lagi rupanya.... anak abah dengan wife dia....tp aku lagi tak paham knp sorg ibu, sanggup amik keputusan macam tu..... ) lebih buat aku rasa nak meraung nak aku hamburkan semuanya tp aku tk tahu siapa yg harus mendengarnya....bayang kan.... aku ni nnt akan pegang title GURU PEMULIHAN KHAS.... adik aku yang plg kecik tu belajar kat kelas pemulihan... sedeh tak? aku ni usaha laa nak pulihkan anak org, adik org lain kat sekolah tp realitinya adik aku pun tercicir. sekeras2 hati aku.... emosi tetap menjuarai. aku kalah bila kenangkan nasib mereka ber3 tu.... aku tk th nak salahkan sapa? mak dorg yang dh tinggalkan dorg ker? atau abah aku yang tak pernah nak berubah? nenek tua yang kian meniti usia? keadaan yang ada? atau apa lagi? kecamuk rasa membulatkan satu tekad.... tp aku tk pasti sejauh mana aku mampu.... semoga satu hari nnt semua akan memahami aku dan menyokong tindakan yang akan aku amik. semoga Allah mudahkan semuanya....aku dh tk mampu nak ulang sejarah dulu....aku tk nak ada lagi yg melakarkan sejarah yang serupa.... cukup dengan calar yang aku heret ini.

huh!!! cukup beremosi en3 aku kali nih....

sebenarnya ada satu lagi episod emosi yang aku nak lontarkan.... tp, biarlaa dulu... aku ni tk tido lagi ni... skang jam kat laptop ni dh 0428am 28 Ogos 2008.... aku nak rehat jap... pagi2 esok ada observation lagi.... hope esok sumernya akan ok n ikut perancangan aku....

sekian.... semoga ketemu lagi di lain pertemuan dengan cerita lain....pengisian yang tak sama, emosi yang berbeza, tp dari relung hati jiwa yang satu.... sufi idany.

2 comments:

nordee said...

kronik juga permasalahan keluarga awak ni ye..tak pe bersabarlah..setiap yg berlaku ada hikmahnya..kekadang tak terjangkau kita apa yang telah direncanakan Allah untuk kita..yang penting berdoa semoga hati kita sentiasa bersih dan jiwa kita tetap teguh

Sufi Idany said...

kadang kita tak mampu lagi nak hitung juraian airmata yang melurut di pipi.... mcm yg akak ckp laa... akal kita tak mampu tuk menjangkau apa yg DIA rencanakan utk kita....jadi berserah yakin pada janjiNYA....

Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************