CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 24, 2008

Tangisan dan ceritera sebuah kehidupan.....

.... adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA.... .... bersyukur pada orang yang MENYAKITI kami kerana dia yang MENABAHKAN kamu.... .... bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK kamu BERDIKARI.... .... bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu... .... bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu kerana dia yang menguji KESABARAN & KETABAHAN kamu....

aku admit yang aku sensitif sesangat. banyak benda yang buat aku kecewa dalam idup ni. family, personal life, friends, and so on. banyak yang orang tak tahu ttg ceritera hidup aku. sejauh mana aku berjalan hari ini, semua tu aku seret bersama sepanjang jalan yang aku lalui. dalam perjalanan ini, aku terluka dengan duri dan onak yang mengiringiku. kenapa orang tak penah amik ruang dan peluang untuk memahami diri aku, faham jiwa yang kosong ini. kenapa perlu terus2 menyakiti aku.... ? sekuat mana pun aku tetap manusia yang punya hati dan perasaan. sedih aku, tangis aku yang pasti aku tk pernah menyusahkan orang lain.... tp kalu ada aku pohon maafkan aku atas kesusahan2 yang dtg bersama aku. aku bukan manusia yang sempurna. aku mencari kesempurnaan utk melengkapkan aku. lengkapkan jiwa yang kosong ini.

*** Aku sandarkan semuanya pada ketentuan DIA, semoga ada ruang dan peluang utk aku***



No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************