Aku menungkan satu hari
Yang indah ketika hanya aku dan dia
Kita bertemu, bersua dan berjumpa
Untuk berbual-bual cuma
Melepaskan rasa rindu yang bertandang sahaja.
Sesekali juga aku mengimpikan
Untuk berselisihan dengannya
Hanya untuk melihat kelibat wajah
Hanya untuk menguntumkan senyum paling indah
Tanda kasihku padanya,
Tanda setiaku padanya,
Tanda ikhlasku untuk tawan hatinya.
Seringkali juga,
aku titipkan selalu doa kudus kepada Dia
biar lembut gelora hatinya
biar ihsan urusan hidupnya
biar bahagia selalu mengiringi usianya
biar gembira jadi milik dia selamanya.
Saat sebelum mataku terlena
Sering saja kuucapkan
Sembah salam kata cinta
Moga angin malam meniupkan bait-bait kata
Terbang hingga seberang laut bergelora
Untuk sampai ke cuping telinganya
Bila pagi suria datang menjelma
Biar segar rasa hatinyaLalu senyum berbunga di bibirnya
Tanda dia bahagia, ceria dan gembira
Biar pun tiada aku di sisinya
Yang aku inginkan hanya ingatan
Tulus ikhlas dari dia.
Jika berbekas rasa kasih dalam hatinya
Mungkin dia berkata iya
Jika berbekas rasa rindu dalam sukmanya
Mungkin dia angguk bersahaja
Jika wujud rasa cinta dalam hatinya
Mungkin dia berdoa mohon bersua
Moga kita berjumpa dalam rasa kasih mengasihi
Dalam rindu cinta menyintai
Dalam rasa hormat menyayangi
Dalam penuh restu Ilahi.
Bersama segugus pengharapan...
Hijrah Diri
14 years ago
No comments:
Post a Comment