CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 14, 2008

Anak anak pemulihan SKBTS

Assalamu'alaikum.....

dah lama aku nak kongsi wajah anak2 pemulihan SKBTS yang menjadi anak2 aku skang ni. huhhuu tibe2 rasa mcm dh jadi ibu.... kan besh bila ada anak pggl kita ibu, mama, mummy, bonda and apa2 je laa panggilan yang seangkatan..... jiwa kau terusik lagi.... huk3.

itu laa hakikat bila kita terlalu mengharapkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu bila semua itu akan jadi milik kita... mcm sekarang ni aku begitu teruja untuk di panggil "Umi" tapi tak tahu laa. jeles ngat ngan Mummy Dina, Kak B, Myla, Dyana, and kwn2 lain yang dh pun lengkap hidup sebagai perempuan.

apapun aku gembira dengan anak2 pemulihan ni. walau kadang2 perangai mereka menguji kesabaran aku. semoga Allah tetapkan hati aku untuk terus bertahan dan bagi anak2 ini harapan untuk mereka belajar mengenal ABC, sehingga satu hari nnt mereka punyai peluang dan masa depan seperti anak2 lain yang dh kedepan jauh selangkah dari mereka ni.

erm.... just enjoy the picts.... ini lah wajah2 mereka..... Hidayah, Izatt, Danial, Akmal, Fadhlina, Nur Azlina, Syukri, Ahmad, Aidil, Sukri, Najwan, Syahid & Haziq.

Lego Abjad yang dah mereka siap kan.

Beraksi dan berposing lepas dh berhempas pulas siapkan Puzzle ABC

Ralitnya mereka nak siapkan Lego Kucing tu.

Dah siap cikgu ....!

2 comments:

nordee said...

selamat mendidik...nak ajar budak pemulihan ni memang makan masa sikit..banyak pengorbanan diperlukan...Good Luck

Sufi Idany said...

salam to nordee.... tak dinafikan. usaha ini meraih kesabaran yang bukan sedikit...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************