CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 12, 2007

Menghitung hari dalam debar

Ari ni 12 Dec 2007, result KPLI di jangka kuar 19 Dec 2007 a day b4 Hari Raya Korban. bermacam2 rasa yg bersarang dlm diri aku skang ni. ada sebahagian dari rasa ni yang amat meyakinkan aku. ada sejuring nya yg agak melemahkan dan ada seulas lagi rasa yg sukar utk aku tafsirkan. besar harapan aku tuk berjaya dlm KPLI kali ni. sekurang2nya aku ada jalan yg lebih menjamin masa depan aku dan keluarga. niat yg aku tanam ni biar lah menjadi nyata. kalu dulu jadi cikgu bukanlah kerjaya yang aku impikan tp ari ni aku dpt rasakan ini lah mungkin yg terbaik tuk aku. ntah laa.... susah aku nak gambarkan apa yg terlakar dlm ati ni. mungkin org tak mudah utk faham. sememang org tak akan faham. aku dh buat yang terbaik. kata org all out. usaha aku mungkin tak sehebat usaha mereka yang lain tp aku berpuas ati dgn apa yg aku buat tuk berjaya dlm KPLI ini. Cikgu wan dan team member E-Kpli byk membantu sepanjang persediaan tuk sesi interview ari tu. Terima kasih tuk semua especially Cikgu Wan kerana perkongsian ilmu yang cukup bermakna. berkenalan dgn mereka buat aku yakin tuk berada dlm profession keguruan ini. aku cuma serahkan urusan ni pd yang HAK. semoga DIA mendengar rintihan aku lewat mlm2 yg berlalu, semoga DIA perkenankan DOA aku stiap kali usai solat.

" Ya Allah Ya Tuhan Ku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ampun lah segala dosa dan noda hamba Mu ini. Jauhkan lah aku dari segala penyakit hati. Tunjukkan aku jalan menuju Redha Mu. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya padaMU aku gantung kan harap. PadaMU juga aku terus memohon. Ya Allah, murahkan rezeki aku dari mana2 cabang rezeki mu. Kau permudahkan lah setiap urusan dan langkah aku. Kau berkati dan rahmati lah hidup aku. Berikan aku kejayaan dari apa yg aku ingin kan. Semuanya adalah dari catatan pasti dari MU. Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan yang layak aku sembah melainkan Engkau dan Nabi Muhammad itu Peauruh MU. Amin ya Rabb al Alamin.... "

No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************