CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 8, 2007

Kesilapan @ Mistakes

Salam semua. Today aku rasa aku nak bercakap tentang kesilapan @ mistakes in our life. everyones yg bernyawa tak leh lari dari kesilapan or mistakes ni. tanya lah sesiapa saja...pasti mereka akan mengangguk mengiyakan nya. Pada aku, kesilapan adalah perlu. Dengan kesilapan lah kita belajar utk membetulkan sesuatu. Dengan kesilapan laa kita belajar utk lebih berhati2. Kt akan belajar utk lebih menghargai. Kita akan matang dengan kesilapan yang berlaku. Kita pasti tak nak kesilapan yg sama berlaku dalam idup kita kan? So, try the best tuk tak ulang kesilapan yg sama berulang kali. Kadang2 kita akan kalah dgn perasaan kita tp sekurang2 nya kita mencuba yang terbaik. Bila berlaku kesilapan itu bukan bermakna kita gagal dalam idup. apa yg menggagalkan kita adalah bila kita tak perbetulkan kesilapan itu.

Ada seorang kawan, sering menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yg berlaku dan aku selalu cuba utk perbetulkan tanggapan dia. Walau hakikatnya aku juga kadang2 tersasar. tp bila aku bg dia ingatan itu juga lah cara aku tuk memperingatkan diri aku sendiri. Aku cuba heret dia utk melihat kesilapan sebagai perlu tuk kita jadi lebih matang, utk kita lihat idup ni dari sudut yang berbeza. Jgn kesahkan apa jua yg org akan perkatakan pd kita bila kita buat silap. Dgr apa kata hati kita dan perbetulkan apa yg silap.

Aku dan kesilapan.... banyak kesilapan aku dalam idup. semua nya berpunca dari kelemahan diri sendiri. Sejauh mana kelemahan ini akan terus membayangi diri? Aku silap bila mudah mempercayai. Aku silap bila terlalu emosional. Aku silap bila tak penah fikir panjang utk amik satu2 keputusan. Aku silap bila aku mencari CINTA. Aku silap bila biarkan hati terluka lagi. Aku silap bila aku jumpa dia. Aku silap bila aku jatuh Cinta dgn dia. Aku silap bila heret bayang dia sepanjang lorong idup ni. Aku silap bila tak bagi peluang utk diri sendiri. Aku silap bila aku tak bg peluang tuk org lain sama. Aku silap bila tidak memaafkan. Aku silap bila hati berbunga benci. Aku silap bila terus mengingati nya. Aku silap bila aku tak pnah lupakan ungkapan ini ... 'Ida, jauhnya salah faham antara kita'. Aku silap bila setiap kali aku pejamkan mata, aku berharap agar hidup aku berubah. Aku silap bila setiap kali aku renung bulan di langit, aku beranganan utk jadi seindah bulan.

Selagi kaki mampu melangkah, selagi nadi berarus nafas, selagi kita di panggil insan, selagi itu lah kesilapan akan wujud dalam hidup kita.

1 comment:

ms_huhu said...

Kak ida...kite dh bace..hikhik,
ha, kak ida berminat ke ttg aura seri tu? bagus tau, sepanjang kite n kengkawan kite pakai mmg tebukti kebekesanan nye tau, selain yg kite tulis kt cik chah tu ia juga dpt menaikkan seri wajah kalo kite gunekan dgn niat yg baik. Harge die sebotol RM68. ni utk external use je. kite bole sapu terus kt muke atau buat mandi. Selfconfident pon meningkat bile kite pakai bende nih. Trust me.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************