CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 24, 2007

Dedication to Acha n Nani....


KITA HAMPIR KE SITU

aku sedar bukan mudah

untuk mengejar mimpi indah

pernah suatu ketika dulu

ku punya harapan besar

kini aku tak pasti

dapatkah ku miliki

sudah jauh kita tempuh

kekalkanlah impian lalu

mungkin ada hikmah yang akan menunggu

di penghujung jalan

biar nanti kecewasetidak-tidaknya cuba

jika halangan menduga

perjalanan kita

janganlah kau putus asa

karena ku ada disisi

setia menemani

andai semangatmu gugur

genggamlah tangankukita hampir ke situ

adakala ku terasa

ketabahan tak setegar

tapi apakah gunanya berhenti separuh jalan

percayalah padaku

aku yakin kita mampu

biar orang kata

kita tak punya harapan

bukan mereka tentukan

tapi kau ada aku

dan aku punya kamu

apa jua pun akhirnya

tetap bersama

kita hampir ke situ....

p/s : Cha, Nani aku dedikasikan lagu ni tuk anda berdua. aku cuba nak letak lagu tu kat sini tak tak dpt lak :( . tak per kalu bila2 korg terdengar lagu ni kat mana2 igt laa ni ikhlas aku dedikasikan tuk korg berdua. just nak bgth korg, aku ada bila2 masa ko perlukan aku sbg sorg kawan dan teman sepanjang jalan.

Sunday, December 23, 2007

Nani Mastura Muhammad

Pagi 23 Dec 2007; aku called nani just to inform her yg aku dpt KPLI 2008 ni. aku bukan berniat nak buat dia sedih tp cuma nak kongsi kegembiraan aku ni dgn dia. Aku n nani kami selalu andai kan hubungan kami mcm "kentut n taik". kalu kentut busuk taik sudah semesti nya. ni lah istilah perhubungan kami. dlm byk hal kami sering bersama berkongsi cerita, suka duka bila hati remuk redam di kecewakan lelaki. berkongsi tangis bila masing2 terasa sakitnya luka. berkongsi tawa bila kami cuba selindung duka yg ada. dgn nani aku bukan saja ada dia, aku juga punya papa n mama. :) indah nya hubugan kami. aku dan nani kami berjumpa 3 thn lepas. tu pun atas alasan kerja. dari saya awak, kami tukar jd aku mu.... biar bunyi nyer kasar tp kami serasi bila bersama. tambahan lagi umah dia tak jauh dr umah aku. (tp kami tak pnah kenal b4) tu lagi mendekatkan aku di smping hubungan kerja yg agak kencang satu ketika dulu. paling menarik tarikh lahir kami cuma beza 2 ari je..... aku 14 Sept, nani 16 sept. selalu planing nak celebrate sama tp tak penah menjadi :D apapun kami tak pnah lupa tuk wish each other.

Aku suka tgk ketabahan dia dan kekuatan yang cuba di tunjukkan even dlm ati dia simpan 1001 cerita luka dan kekecewaan. dia seorang yg prihatin dan aku bangga jd kawan dia sbb dia byk perbetulkan aku. dia syg aku mcm mn aku syg dia. nani, aku tahu aku penah tipu ko, aku penah susahkan ko, aku pnah jadikan ko alasan bila aku plu menipu dgn family aku.... thanks sbb ko faham aku. aku mintak maaf sbb sering heret ko bila aku ada masalah.

Nani, td bila tiba2 ko nangis aku turut rasa deraian nya. aku rasa bersalah sgt2. jgn rasa kehilangan aku k.... aku ada bila2 masa ko perlukan aku. ala... kita kan kentut n taik.... mn leh pisah aroma yg cukup best tuh.... jauh mana pun selagi aku ni ko pggl ida aku tetap kentut tuk taik ko ..... ehehehh... now apa yg penting jgn putus asa k. jgn berputus arap. selagi ada daya usahakan. ko th kan aku hmpir2 berptus asa dgn idup aku. aku sendiri tak mmpu dah nak tepis dugaan Allah tuk idup aku tp aku igt ko pnah bgth aku.... kena positif dgn idup. apa yg kita tak der tu bukan tuk kita dan apa yg kita ada ini lah hak kita dan anugerah Allah tuk kita kan? Allah bg kt jalan tuk teruskan idup ni.

Nani, thanks sbb jadi kawan aku.

Wednesday, December 19, 2007

Segala Puji Buat Allah Yang Maha Kuasa.

Alhamdulillah. Segala puji aku panjat kan ke Hadrat Ilahi dgn kejayaan yg DIA limpahkan ini. Kejayaan ini adalah kejayaan semua org yang sentiasa mendoakan aku. Aku dpt lihat wajah2 gembira tatkala aku sampaikan berita keramat ini. Aku bersyukur dgn limpahan Rahmat NYA ini. dlm ketidak tentuan emosi, dlm kecelaruan fikiran, di saat aku hampir2 berputus asa, di saat aku terlantar seolah2 tiada daya tuk bangkit kembali DIA beri aku kejayaan ni. Satu haluan hidup yg baru tu yang Acha katakan. kdg2 keyakinan org lain buat aku tekad tuk amik haluan ni. dan aku juga ada keyakinan aku sendiri cuma tidak sehebat keyakinan org pd aku. apa pun terima kasih tak terhingga buat mereka2 yang tak pernah hilang dari idup aku. buat mereka yang sentiasa yakin dan positif dgn aku.

terima kasih jga utk team Crafvity / ekpli especially our sifu Cikgu Wan Faizol. tnpa perkongsian ilmu yg ikhlas dr beliau rasa2 nya aku pun tak yakin tuk sesi interview ari tu. hanya Allah sja yg bleh membalas jasa dan budi beliau juga rakan2 ekpli yang lain.

aku dh letak surat cinta tuk my director. hope dia bleh terima surat tu dgn rela huhuuhuh... aku th dia mesti rasa kehilangan aku. staff dia yang tak pnah abaikan dia. dr zaman aku jd admin asst hgga dia promote aku jd acct asst aku jaga schedule dia. aku yg pg2 kemas bilik dia. susun file2 yg menimbun kat bilik dia. dia pasti rindukan aku hikhihkhihkhik.... sabar ye bos.... hope 1 day ada some one yg jauh lebih bagus dr sy tuk jaga semua kebajikan bos kat office ni ok .... sebenarnya aku byk berterima kasih pd bos aku ni.... dr zaman aku buta kayu ttg keja2 office ni hingga dia bg aku kepercayaan mcm ari ni. syg aku nak tgglkan office ni tp.... ni haluan baru idup aku.... sememangnya ini peluang yg dh lama aku tunggu kan.

Tuesday, December 18, 2007

Koleksi aku....

Antara koleksi untaian kata yang ada dlm simpanan aku.... aku publish kan tuk share ngan semua yg setia jd visitor blog kasih sufi ni...

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

Akukah yang terlewat waktu atau waktu itu yang tercepat…?

Cinta sering buat kita silap…
Cinta juga buat kita jadi bodoh,
Biar kita silap dan bodoh
Asal kita tak hilang cinta….

Yang indah itu tak semuanya permata
Kadang kala sinar kaca juga mampu menerangi perjalanan kita
Walau penuh kesakitan.

Dalam kasih memeluk rasa
Meniti rindu dikalbu sunyi
Mencari tapak berpijak kasih
Diangin lalu ku mohon restu

Biar sirna indah pelangi andai gemerlapnya tak lagi bisa mewarnai perjalanan hidup ini.

Perpisahan yang terjadi sememangnya janji pada satu pertemuan.
Jangan dikesali. Hargailah kerana sekurang-kurangnya kita pernah bertemu dan bersama.

Hidup ini ibarat gula-gula, masam manis & adakalanya masin. Dia tak pernah berhenti berharap biarpun ada kekosongan yang dirasa. Hatinya masih berdegil.
Dia percaya satu hari nanti dia mampu untuk senyum.

Jangan selalu kecewa dengan kekalahan, mungkin ada hikmah disebalik kekalahan itu.
Tabahkan hati dan terus berusaha.


U can buy gifts, but not love
U can pretend smile, but not happiness
U can lie to others, but not yourself.

Kadang-kadang hidup ini jadi sepi tanpa kawan kan?
Lebih sukar bila segalanya kelihatan pudar dan tanpa warna,
Esok yang mendatang belum tentu menjanjikan apa-apa,
Namun kita pasrah atas takdir yang tertulis.

Ukhuwah yang terbina persis untaian tasbih. Ada awal tiada penghujung.
Dibuat untuk mengingatiNYA. Dicantumkan kerana cintaNYA.
Diratib semata kerana redhaNYA. Ukhuwah fillah……

Andai ada daya aku ingin aku jadi galang ganti untuk setiap penderitaan mu. Agar senyum itu akan terlukis lagi diwajah mulus mu.

Siapa yang tegar menghitung keikhlasan dan kesetiaan bersama ? Selain dari mereka yang sudi menghadiahkan kelukaan dihati kita.

Mengapa masih ada kesengsaraan andai ada yang sudi menemani? Benarkah itu dapat mendamaikan hati? Andai kau bisa mendamaikan hati seorang teman, berikanlah penawarnya.


p/s : byk lg yg ada nnt kalu ada ruang masa aku post kan semuanya....

Wednesday, December 12, 2007

Menghitung hari dalam debar

Ari ni 12 Dec 2007, result KPLI di jangka kuar 19 Dec 2007 a day b4 Hari Raya Korban. bermacam2 rasa yg bersarang dlm diri aku skang ni. ada sebahagian dari rasa ni yang amat meyakinkan aku. ada sejuring nya yg agak melemahkan dan ada seulas lagi rasa yg sukar utk aku tafsirkan. besar harapan aku tuk berjaya dlm KPLI kali ni. sekurang2nya aku ada jalan yg lebih menjamin masa depan aku dan keluarga. niat yg aku tanam ni biar lah menjadi nyata. kalu dulu jadi cikgu bukanlah kerjaya yang aku impikan tp ari ni aku dpt rasakan ini lah mungkin yg terbaik tuk aku. ntah laa.... susah aku nak gambarkan apa yg terlakar dlm ati ni. mungkin org tak mudah utk faham. sememang org tak akan faham. aku dh buat yang terbaik. kata org all out. usaha aku mungkin tak sehebat usaha mereka yang lain tp aku berpuas ati dgn apa yg aku buat tuk berjaya dlm KPLI ini. Cikgu wan dan team member E-Kpli byk membantu sepanjang persediaan tuk sesi interview ari tu. Terima kasih tuk semua especially Cikgu Wan kerana perkongsian ilmu yang cukup bermakna. berkenalan dgn mereka buat aku yakin tuk berada dlm profession keguruan ini. aku cuma serahkan urusan ni pd yang HAK. semoga DIA mendengar rintihan aku lewat mlm2 yg berlalu, semoga DIA perkenankan DOA aku stiap kali usai solat.

" Ya Allah Ya Tuhan Ku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ampun lah segala dosa dan noda hamba Mu ini. Jauhkan lah aku dari segala penyakit hati. Tunjukkan aku jalan menuju Redha Mu. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya padaMU aku gantung kan harap. PadaMU juga aku terus memohon. Ya Allah, murahkan rezeki aku dari mana2 cabang rezeki mu. Kau permudahkan lah setiap urusan dan langkah aku. Kau berkati dan rahmati lah hidup aku. Berikan aku kejayaan dari apa yg aku ingin kan. Semuanya adalah dari catatan pasti dari MU. Ya Allah, sesungguhnya aku bersaksi tiada Tuhan yang layak aku sembah melainkan Engkau dan Nabi Muhammad itu Peauruh MU. Amin ya Rabb al Alamin.... "

Saturday, December 8, 2007

Kesilapan @ Mistakes

Salam semua. Today aku rasa aku nak bercakap tentang kesilapan @ mistakes in our life. everyones yg bernyawa tak leh lari dari kesilapan or mistakes ni. tanya lah sesiapa saja...pasti mereka akan mengangguk mengiyakan nya. Pada aku, kesilapan adalah perlu. Dengan kesilapan lah kita belajar utk membetulkan sesuatu. Dengan kesilapan laa kita belajar utk lebih berhati2. Kt akan belajar utk lebih menghargai. Kita akan matang dengan kesilapan yang berlaku. Kita pasti tak nak kesilapan yg sama berlaku dalam idup kita kan? So, try the best tuk tak ulang kesilapan yg sama berulang kali. Kadang2 kita akan kalah dgn perasaan kita tp sekurang2 nya kita mencuba yang terbaik. Bila berlaku kesilapan itu bukan bermakna kita gagal dalam idup. apa yg menggagalkan kita adalah bila kita tak perbetulkan kesilapan itu.

Ada seorang kawan, sering menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yg berlaku dan aku selalu cuba utk perbetulkan tanggapan dia. Walau hakikatnya aku juga kadang2 tersasar. tp bila aku bg dia ingatan itu juga lah cara aku tuk memperingatkan diri aku sendiri. Aku cuba heret dia utk melihat kesilapan sebagai perlu tuk kita jadi lebih matang, utk kita lihat idup ni dari sudut yang berbeza. Jgn kesahkan apa jua yg org akan perkatakan pd kita bila kita buat silap. Dgr apa kata hati kita dan perbetulkan apa yg silap.

Aku dan kesilapan.... banyak kesilapan aku dalam idup. semua nya berpunca dari kelemahan diri sendiri. Sejauh mana kelemahan ini akan terus membayangi diri? Aku silap bila mudah mempercayai. Aku silap bila terlalu emosional. Aku silap bila tak penah fikir panjang utk amik satu2 keputusan. Aku silap bila aku mencari CINTA. Aku silap bila biarkan hati terluka lagi. Aku silap bila aku jumpa dia. Aku silap bila aku jatuh Cinta dgn dia. Aku silap bila heret bayang dia sepanjang lorong idup ni. Aku silap bila tak bagi peluang utk diri sendiri. Aku silap bila aku tak bg peluang tuk org lain sama. Aku silap bila tidak memaafkan. Aku silap bila hati berbunga benci. Aku silap bila terus mengingati nya. Aku silap bila aku tak pnah lupakan ungkapan ini ... 'Ida, jauhnya salah faham antara kita'. Aku silap bila setiap kali aku pejamkan mata, aku berharap agar hidup aku berubah. Aku silap bila setiap kali aku renung bulan di langit, aku beranganan utk jadi seindah bulan.

Selagi kaki mampu melangkah, selagi nadi berarus nafas, selagi kita di panggil insan, selagi itu lah kesilapan akan wujud dalam hidup kita.

Wednesday, December 5, 2007

F R I E N D S

AtoZ Friends forever

(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI"
(D)oesn't give up on you
(E)nvisions the whole of you
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need hear it
(U)nderstands you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)- plain things you don't understand
(Y)ells when you won't listen and....
(Z)aps you back to reality...

p/s : - Sisipan dr Friendster Amilin... Crustacea's dude.

Monday, December 3, 2007

Semalam, Hari ini & Esok


Semalam yang menyusur


dengan seribu pijar di hati


dengan sejuta sendu yang


tertahan di kantung pengharapan


Jiwa yang merintih terus berbalam


warna warna suram




Hari ini yang bersua


mengaut sebanyak mungkin semangat


buat pedoman untuk kaki ini terus melangkah


mengutip sisa dari serpihan hati yang berderai


dalam doa tiada lagi yang akan menyesakkan




Esok yang bertandang


menggamatkan kan rasa


membuahkan debar di jiwa


mungkin tiada lagi kesilapan dulu


mungkin tiada lagi kekecewaan lepas


mungkin hati tidak lagi berlagu sendu


dan jiwa akan terus bersenandung ria


Segalanya berkemungkinan.




*Dalam Satu Pengharapan*

Sukarkah untuk menjadi jujur?

Knp aku pilih JUJUR jd topic Kasih Sufi ari ni? Aku paling pantang bila org tipu aku. Aku paling benci manusia penipu. Sbb tu seboleh2nya aku ajar diri aku utk tidak menipu. Pada aku tak der guna kalu kita tipu sekali pun sbb…. Satu ari org pasti akan tahu tembelang kita. So sejak aku tahu apa itu JUJUR, aku cuba jadi seorang insan yg JUJUR, sejujur yg aku mampu. Tapi, tak semua org boleh JUJUR even pada diri sendiri. Berkali2 aku pesan, aku bgth tak leh jujur ngan aku sekalipun cuba laa jujur dgn diri sdiri.... tp knp masih tak boleh nak berlaku jujur? Tak boleh ke nak adil dgn diri sendiri? Hari ini aku rasa double2 dumb. Felt just like a dumb. Why? Knp harus memulakan sesuatu tu dgn penipuan? Mcm lagu Farah Ashikin lak… Seribu Penipuan. :) hakikat nya aku tak salah kn sesapa. Mungkin aku yg tak terlalu mudah bagi kepercayaan pada org. hingga aku sendiri yg terus mencarik luka… huhuuhuhu…. Biar masa yg terus merawat dan membebat luka yg ada. Dan sebagai seorang manusia yg bernama aku, aku sering tanamkan dlm jiwa ni utk terus melangkah dan belajar utk berfikiran positif. Banyak perkara yg berlaku dlm perjalanan ni yg ada ketikanya meruntun rasa sekeping hati. Namun selagi kita masih bernyawa dan kita tahu kita ada jln yg sepatutnya kita ikut….aku yakin dgn Kebesaran dan Kekuasaan DIA yang Esa. Semua nya termaktub dlm catatan di Loh Mahfuz lagi. Sebagai yg di cipta kita harus kembali kepada fitrah kejadian ini. Semua yg berlaku ada sebab dan musabbab nya... apa yg perlu, kita harus menanti jawapan pd setiap persoalan kenapa dan mengapa.

** Kadang kadang langkah kt tersadung di jalan penuh liku, dan ada ketikanya airmata tak mampu lagi merawat luka yang tercarik di hati**

Kegilaan Aku

Lama tak update blog kasih sufi ni. Ari ni br internet aku ni ok. Since last Sunday lagi. Computer man tu kata modem yg rosak…aku bkn tahu sgt…serah je bulat2 kat dia to fix kan balik. Ari tu dh dtg tp tak leh btul kan pun lagi…. Huhuhuhu…. Last week jiwa aku byk yg tak menyenangkan. Ada saja gelodak rasa yang mengeruhkan keadaan. Lebih teruk bila byk keja aku put aside. 5 ari keja rasa nya tak der satu ari pun yg berkualiti. Mcm selalu bila aku di timpa kecelaruan mental aku mula buat sst yg org tak akan buat. Acha ckp aku suka buat keja bodoh. Mungkin betul keja bodoh… mana tak nya org tak buat aku buat. Saturday lepas aku keja half day….sengaja tak drive keta mmg niat nak jadi bodoh. Tak abih time keja lg aku dh cabut…. 12.30 aku dh kuar office, (padahal boss ada time tu) aku amik cab g bus stand, ty ticket nak g Kuala Krai. Nasib aku baik. Sesampai je bus sedia menanti…huhhuhu… ticket RM5.90 perjalanan dr KB to KK. Aku pun tak th aku nak cari apa kat sana. Tp hati aku decide nak g sana. Perjalanan amik masa lebih krg 1 ½ jam.. dr bandar Kuala Krai aku menapak ke KTMB station. Aku amik train RM2.50 dr Kuala Krai ke Limau Kasturi….hrm…. sebenarnya aku sedar mslh yg mengasak tak akan selesai bila aku buang masa mcm tu... tp aku suka mcm tu. (b4 tu ady call marah2 bila aku ckp aku ondaway ke K.Krai tnpa tujuan, Ady kata bukan tu cara nak selesaikan masalah……aku jwb balik aku bukan nak cari penyelesaian pun…:) Aku sekadar nak jamu mata tgk pemandangan yg tak cantik pun… aku suka tgk ragam manusia yg berkeliaran…masing2 ada tuju dan arah…sdg aku… mengatur langkah mencari secebis ketenangan…huuhhu pelik kan…org kalau ati tak tenang bawak2 semayang, dekat kan diri ngan Allah tp aku lain ceritanya. Ari tu dr Limau Kasturi aku patah balik ke KK. Jln2 kat Bandar KK. Bukan ada apapun…berasak2 ngan debu2 di jalanan buat selsema aku bertambah teruk… peduli kan… jnji aku rasa senang. Kul 4 lebih2 call Hisyam, bgth dia aku ada kat KK. Bz kata nya….tp…at last kuar gak jup jumpa aku..:D. ni laa saat bila masalah jiwa aku makin sarat…. Nnt aku seliratkan in next post ok…. Ding dong ding dong…. Amik bus kul 530 dr KK balik KB. Kul 7 gak laa smpai umah…. Aku hitung masa yg aku buang, tenaga aku jln2, kos aku…. Mmg keja gile tp ini lah aku… seorang manusia yg suka melarikan diri bila di belit masalah. Bkn aku tak nak selesaikan or berdepan dgn keadaan tp…. Dlm perjalanan2 yg aku tempuh tu laa masa utk aku congak2 apa yg perlu dan patut aku buat. Aku bukan manusia yg tahan dgn stress. aku tak suka pksa otak aku bertungkus lumus pk kan sst sdg hati tak merelakan kan………. Yg pasti aku tak suka kan tekanan yang melampau….

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************