CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 30, 2008

Salam Tahun Baru 1430H & 2009M


Salam untuk semua yang bergelar teman, sahabat maupun kawan. Hakikatnya kita pada ikatan yang cukup indah dan mendalam maksudnya bagi mereka yang mengerti. Pada ketika kwn2 lain saling berbalas ucapan tahun baru saya pun tidak mahu ketinggalan. Jadi kali ni saya buat setem peringatan tahun baru untuk semua sekali.... sengaja saya rangkumkan antara dua Hirjah dan Masihi. Pada saya sama je.... setiap kali tahun baru semuanya ada azam, ada impian dan harapan baru jadi tak kira laa tahun Hijrah or tahun Masihi semuanya sama je.... jadi rangkuman ini untuk semua yang sentiasa dekat di hati saya... jadi kan kenangan terindah dari saya untuk semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
InsyaAllah, jika maklumat yang saya dpt dari Mia ptg td betul maka saya akan terbang ke Sarawak (Bintulu) pada 6 Jan 2009. Jadi jauh dari sudut hati ini saya sentiasa berdoa semoga ini adalah penghijrahan saya yang sebenarnya..... hijrah minda dan jiwa saya. Transformasi untuk sesuatu yang lebih baik.

Sebenarnya terlalu banyak yang terkumpul di minda saya 2 3 ari ni.... berat namun ianya bukanlah di sebabkan pasal posting atau kesan cerita saya yg akan ke Sarawak.... tp ada sedikit rasa terkilan, kesal dan buat airmata saya mengalir halus.... terlalu terkesan di hati saya.

Selama saya bercuti smbil menunggu utk di postingkan saya byk luangkan masa dengan mama.... rutin saya setiap petang tolong mama buat kuih utk jualan esok pagi.... satu pengalaman yang indah dan manis untuk saya kenangan dan sebagai penutup tirai 2008 yang punya erti tersendiri. Hakikatnya saya tidak pernah berpeluang untuk bersama mama merasai penat lelah mama sehari2.... adik2 saya semuanya punya pengalaman manis itu.... kenyataan yang perlu di akui, hasil keringat itulah mama belanjakan utk sekolahkan abg n adik2 saya sampai hari ni....

Mama makin dekat di hati saya dan saya tahu dia tak akan hilang lagi dari hati dan jiwa saya..... hari ini saya akui.... sy sayangkan keindahan ini..... saya sayangkan mama.

saya kerinduan lagi
tp saya tahu rindu itu
bkn lagi milik saya........

Saturday, December 27, 2008

Punca Kegemukkan #4

Punca Kegemukan #4: Kekurangan Zat dalam Makanan

Hidayah,

Sebelum ini, saya dah tulis 3 punca membuatkan kita gemuk.
Makanan, kadar aktiviti harian dan keturunan. Kali ini saya tulis
sedikit tentang masalah kekurangan zat dalam makanan kita seharian.

Baiklah, Hidayah pernah tak rasa lapar, kemudian kita makan mee
goreng kosong dengan teh “o” ais limau kurang manis, tetapi 2 jam
selepas itu, kita rasa lapar semula dan Hidayah terpaksa makan
pula karipap 2-3 ketul.

Kenapa perkara ini berlaku ya Hidayah?
Hidayah, lapar bermaksud sel dalam badan kita meminta zat-zat
makanan tertentu dari kita. Contohnya, ia perlukan protein lebih
kurang 35g bagi mengimbangi dan menjalankan fungsi tertentu.

Tetapi malangnya kita cuma makan mee goreng yang hanya mengandungi
karbohidrat (mee), lemak (minyak masak) dan garam. Ini akan memberikan
rasa kenyang sebentar. Sel badan kita masih menagih protein.

Jadi selepas beberapa jam, sel badan kita akan menghantar signal
kepada otak supaya beritahu kita supaya makan lagi.

Kita akan makan lagi, tetapi malangnya kita tidak berikan apa yang
sebenarnya sel badan kita mahukan. Proses ini berulangan dan
menyebabkan kita TERmakan lebih daripada yang sepatutnya.

Kadang-kadang, kita cuba makan dengan sihat, sayur, buah,
kurang gula, kurang garam dan macam-macam lagi yang orang
kata sihat kita makan, tetapi kesannya tidak kelihatan.

Apa masalahnya?
1. Khasiat dalam makanan kita tidak sama lagi seperti dulu kala.
Teknologi telah mengubah kandungan zat makanan.
Saintis di Jepun, melaporkan bahawa kandungan Vitamin C dalam
epal dan oren di pasaran mereka HAMPIR KOSONG!

2. Cara memasak kita yang terlalu keterlaluan. Zat makanan akan
hilang jika terkena panas yang keterlaluan.

3. Terlalu banyak makanan yang kita makan telah diproses sebelumnya.
Strukturnya diubah, zat makanan menjadi tidak lengkap.
Fishball, fishcake, sotongball, crabstick, sosej, nugget dan macam-macam lagi.

Makanan tidak berzat biasanya murah.

Hidayah, kita perlu lakukan sesuatu supaya kita terselamat dari musibah
yang melanda kita sekarang. Cuba beberapa tips berikut;
1. Cuba tingkatkan makan makanan mentah. Buah, salad, tomato, timun,
kacang botol, pegaga, petai dan ulam-ulaman yang lain mengantikan sayur
yang kena masak. Makan sandwich dengan roti gandum berintikan tuna dalam tin,
masukkan sedikit salad, timun, tomato dan sedikit sos cili, mungkin 5-6 kali seminggu.
(Kita makan 21 kali seminggu). Sekurang-kurangnya kita sudah berjaya
buat 25% perubahan!

2. Berkira-kiralah untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C,
multi-vitamin dan macam-macam lagi yang ada di pasaran sekarang.
Cuba dapatkan dari syarikat yang terkenal di dunia, jangan ambil dari
sebarangan syarikat, kadang-kadang kandungannya tidak seperti yang di tulis.

3. Minum air kosong (kalau boleh tapis!) yang banyak supaya badan kita
sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik untuk membetulkan sistem
penyerapan zat makanan (usus besar-filli)

Hidayah, dah tiba masanya kita ambil berat tentang apa yang kita makan
sebelum ianya terlambat. Mulakan hari ini dan muhasabah diri sentiasa.

Semoga Hidayah dapat manfaat!

p.s: Jumpa lagi di keluaran akan datang!

***mana ilang yang #3 pun saya tk tahu.... jenuh cari dlm inbox tk jumpa pun****

Wednesday, December 24, 2008

Photoscape - Akhirnya saya berjaya....

Assalamu'alaikum semua....
:) saya rasa teruja bila akhirnya saya berjaya men'download'kan software photoscape untuk saya mengedit2kan gambar sebelum di publishkan kat sini...sebelum ni saya agak jeles ngan kengkawan yang begitu mahir bab edit mengedit ni.... jadi ni hasil kerja saya dengan photoscape.... masih terlalu baru dan byk nak kena explore sendiri.... huhuhu

jadi untuk sekian kalinya saya biarkan gambar-gambar ini terus menyusus bicaranya.... semoga ada bahasa yang mungkin boleh di fahami....





langkah saya tersadung pada ranjau
yang melintang di pasak bumi...
hanya kasih sayang Allah yang memacu
saya ke jalan yang benar...
Amin.... mudah2an semua akan jadi baik.

Monday, December 22, 2008

Suka atau duka tetap yang terindah.... itulah kenangan.

Assalamu'alaikum......
Cerita saya bakalan ke Sarawak masih hangat.... dan kepala saya sendiri tgh ber"ding dong". byk rumors lak... gitu gini begitu begini.... jadi saya tidak mahu terus menyesakkan kepala... jadi sy tinggalkan dulu cerita ini kerana yang pasti pada tarikh yang telah di tentukan saya pasti terbang jua ke sana. :D

Semalam saya amik kesempatan tuk selongkar segala khazanah yang ada dalam bilik saya yang makin semak... nak kena sort out balik.... kalu yang tinggi nilai sentimentalnya saya simpan lagi.... kalu yang dh rasa lapuk n ingatan padanya pun kian pudar adalah baik saya musnahkan dari terus memenuhkan kotak biru di sudut katil.... huhuhu.

Akhirnya..... yang tinggal....
antara yang tinggi nilai sentimentalnya dlm diri saya....
cebisan2 kertas tu adalah untaian kata2 yang saya garabkan. dulu zaman belajar suka sgt conteng ujung buku / nota .... jadi tu yang kena koyak jadi cebisan2 cenggitu.... ada surat dari si camar, salinan surat saya buat si camar, kad raya yang camar bagi, koleksi puisi hasil kosong minda saya, 3 biji diari yang mmg terkesan di hati saya dan ada beberapa pucuk surat yang saya cuba simpan lagi.... antara yang sy tak sanggup nak jadikannya abu kenangan.
ni lak... surat2 lama yang saya fikir dah wajib tuk saya leburkan. Antaranya surat2 si Left. Muda TLDM, Kad raya yang sy dpt dr sahabat2 yang dulunya dekat di hati....kini kian menjauh mungkin kekangan masa meninggalkan kenangan dalam ingatan. beberapa keping kad utk Crustacea yang tak pernah smpai ke tangannya, Kad Beday tuk Crustacea n beberapa lagi yang saya fikir saya perlu luputkan dan jadikannya abu.... semoga semuanya akan kembali menjadikan saya seorang yang baru. Sayang tetap sayang..... tp, smpai bila saya harus hidup terus dalam kenangan yang sakit ini?
Hasilnya.... yang berjaya saya lupuskan.... hehehe.
yang mcm kain baju itu, sememangnya hak milik saya.... baju2 lama yang dh expired. baju2 zaman kegemilangan lemak kat badan saya.... jadi semuanya dh tak leh pakai.... so kita lupuskan dia... :D

Bila ada org bertanyakan saya, kenapa jauh ke Sarawak?
Saya jawab.... bukan saya pilih tp hati saya inginkannya.....
Kenyataannya saya tak buat pilihan ke Sarawak.
Hati saya sakit bila ada yang kata saya melarikan diri.....
Ah... senang sungguh lidah membaitkan kata,
sedang hakikatnya kamu tidak pernah kenal
akan diri saya yang sebenarnya....
jadi jaga lidah anda.

Saturday, December 20, 2008

Sarawak nantikan keringat daku.....


Salam all.....
Sarawak.... itu lah destinasi saya yang akan datang. Apa jua yang mendatang saya yakin inilah jalan terbaik yang Allah tetapkan untuk saya. Alhamdulillah. Saya pasti keringat saya nnt akan berharga di sana. Semuanya akan bernilai dan memberikan saya kepuasan dan ketenangan yang sewajarnya.

Family plak jenis tak kesah.... sumer mcm ok je bila saya bgth sy bakalan ke Sarawak cuma abg offer ty kalu2 saya tak nak pergi Sarawak dia nak ikhtiarkan.... dan hati saya tidak mahu saya tetap akan pergi.... mungkin sejauh di sudut hati ini yang saya impikan.... pergi sejauh yang boleh. ada kawan dgn sinisnya menempelak saya.... katanya ini kan pelarian saya.... saya tidak pernah lari... saya cuma ingin sst yang baru. mencari nafas dan cuba mencipta jalur kehidupan yang baru. ingin menjadi saya yang baru dengan aturan kehidupan yang baru....

buat kawan2 yang bakalan bersama2 saya nnt kita rempuh cabaran ini dengan kental jiwa. redha dan terima dengan hati yang terbuka. buat Cik Wani, saya masih bersama kamu, kawan2 sekelas yang bakalan bersama saya ke Sarawak ialah.... Shidah, Kak Laily, Zah, Ila, Ija, Along, Rezal, Firdaus, Yani & Wan (Sabah) yang lelain melata2 laa ada Pahang ada Selangor, ada KL...., sesapa yang akan ke Sarawak / Sabah.... jumpa kalian nnt. mungkin ada pertemuan antara kita.... mn th nnt kita akan berebut tmpt duduk dalam belon ke sana nnt? :) huhuhu....

credit to cikgu Ariep : mcm yang sy janji kan.... i dah joined ur club.... so ada no ahli tak or any fees for registration...? huhuhu...

tuk kak reen, kak azza, umi, and semua bloggers yang sentiasa bersama jejak saya ini, terima kasih kena tidak putus2 menyokong saya. Sokongan dan keyakinan kalian bagi saya sedikit kekuatan....

Punca Kegemukkan #2

Hidayah,

Punca Kegemukan #2 - KURANG AKTIVITI SEHARIAN

Pada edisi sebelum ini, saya mengupas tentang Makanan sebagai punca
utama kegemukan, kali ini ia berkaitan dengan aktiviti kita seharian.

Zaman dahulu, dimana makanan susah untuk didapati, kita terpaksa
mendaki bukit, meredah hutan, mengejar kijang (teruk juga nak berlari ni),
sepanjang hari hanya untuk makan sekali pada malamnya!

Namun sekarang, ia menjadi sangat mudah. Kalau memandu di jalan raya,
siap ada Drive Thru lagi. Kalau tampal sticker kat cermin depan siap boleh
dapat aiskrim free lagi tu!

Hidayah, sekarang makanan diproses di kilang dan diletakkan di almari pasaraya.
Tidak perlu lagi kita berkejar-kejar untuk mendapatkan makanan. Memang susah untuk
kita dengar yang kita kebuluran kerana kurang makanan.

Fenomena ini menyebabkan kita malas dan kurang bergerak. Duduk sahaja
di ofis, kedai makan, depan TV, atas katil yang empuk.

Kalau pergi berjalan-jalan pun ada esklator, lif, kalau kat airport tu, kita panggil walk-ator
kot.

Apabila aktiviti harian kita menjadi sangat minimum, kemampuan untuk membakar
makanan (metabolisma) yang kita makan akan menjadi sangat lemah. Badan kita
hanya akan membakar sedikit sahaja kerana badan tidak perlu tenaga yang
banyak disebabkan aktiviti kita yang kurang, tapi kita makan banyak!!

Hidayah , apa yang perlu Hidayah buat untuk atasi masalah ini?

Kita boleh lakukan macam-macam untuk meningkatkan aktiviti kita dalam seharian.

CONTOH;
1) Kalau pergi ke pejabat, kita parkinglah kereta kita di tempat letak kereta yang
paling jauh sekali dari pintu masuk pejabat.

2) Kalau pejabat tingkat 30, kita naik lif sampai tingkat 24, lepas tu panjat tangga
6 tingkat. Masa balik turun sampai tingkat 8, lepas tu turunlah tangga. Turun tak
penat sangat, jadi buat lebih sikit!

3) Kalau pergi pasaraya pun sama, parking jauh-jauh dari pintu masuk.

4) Depan TV kita angkat-angkatlah sikit dumble ke, atau beli alat senaman
yang jenis pijak kiri dia naik kanan, pijak kanan dia naik kiri, yang elok baru
RM150.

5) Cuci kereta sendiri. Kalau duduk apartment yang tiada paip kat bawah tu
lagi syok, angkat baldi air dari rumah!

6) Bercucuk tanam, sayur ke, bunga ke, kalau duduk rumah tinggi tu, kat
veranda atau tepi tingkap masih boleh letak pasu yang kecil-kecil tu.

7) Kalau rajin SENAMAN! Sikit-sikit dahulu pun tak jadi masalah.

Banyak lagi cara untuk kita tingkatkan aktiviti badan kita. Kalau nak seronok,
keluar duit sedikit, beli jam yang boleh kira berapa kalori yang kita bakar
sehari melalui aktiviti yang kita lakukan seharian. Buat rekod! Harganya RM450-RM600
dan biasanya dijual di kedai barangan senaman.

Hidayah tak perlu lakukan sekaligus, senaman atau aktiviti fizikal secara
mendadak. Ini akan menyebabkan otot kita terkejut. Mulakan perlahan-lahan
dan tambah dari minggu ke minggu.

Kalau Hidayah tekad untuk lakukannya dan konsisten, bayangkan setahun
dari sekarang? Pasti Hidayah akan langsing, menarik, sihat, cergas, pantas
dan bertenaga!

Setahun tu bukannya lama sangat, tsunami yang berlaku sebelum ini pun dah
4 tahun lepas!

Lakukan sedikit perubahan sekarang. Berdiri dan duduk 5 kali SEKARANG! Lihat
Hidayah dah bakar 5-10 kalori dah!

Amalkan hari ini lebih baik dari semalam!

Bertemu lagi di keluaran yang akan datang!

Tuesday, December 16, 2008

Akan terungkaikah rindu di hati......?

Salam sayang dan penuh rindu untuk semua.
Ironinya....saya begitu rindu. Rindu utk bersama anda semua dipersada maya ni.... rindu untuk bercerita.... banyak sangat cerita yang bersorok. Rindu ini untuk semua....
Saya masih demam.... batuk tetap tak mau ilang even saya dah 2 kali ke klinik, dah berjaya abihkan 3 botol ubat batuk yang selalunya melenakan saya..... suara saya tetap rock n roll... kalah suara anak teruna jiran yang baru di khatankan.... eheheh... Risau.... doktor cakap ada tanda2 asma @ lelah.... maklong kata sejarah zaman kecik saya mmg ada rekod asma....
Saya masih lagi setia menanti result posting.... org2 kat umah ni duk asyik tanya.... dapat mana? saya lak letih nak bagi jawapan.... ringkasnya jawapan saya SABAH... tp tk tahu la mana rezeki saya bertapak nnt. mungkin semenanjung.... mungkin juga jauh tercampak ke Malaysia Timur.... apapun insyaAllah saya dah lama bersedia.
Ada cerita sedey kami sekeluarga..... ntah laa bleh ke saya kategorikan sedeh? tak kot..... tapi cerita kami yang terkilan dengan sikap abah.... maaf.... saya tak mampu nak teruskan cerita ini.... hakikatnya hati adik beradik remuk.... Abg, saya, n adik2 cukup2 terkilan kali ni.... kalu la saya tahu cerita ini saya tak pergi cari dia time raya dat day..... mama kata tak per.... biar dia buat apa yang di rasa betul utk kehidupan dia.... apa yang kami nak persoalkan ialah.... lupakah dia pada kami....? bila kami masing2 mengalirkan airmata ttg ini, satu je yang buat kami terkilan.... seolah2 kami tiada dalam kehidupan dia.... dia bleh buat apa sahaja tanpa perlu berbincang dan tanpa perlu memikirkan hati kami..... zaman kanak2 dah lama berlalu..... saya, abg, n adik2 dah cukup dewasa utk menilai dan mengerti pengertian hidup ini....
apapun kali ni kami terkilan.....
Saya rindu.... rindu bila terus menjejaki denai2 silam. ada luka yang tercarik, ada calar yang mendasari hati. sekalipun sakit.... saya tetap merindu.... saya tidak tahu bilalah semua ini akan merungkai dan bila ketikanya hati saya bakal tersenyum melerai rindu yang tersorok di sudut hati..... saya cari kekuatan saya...... saya temui sedikit tenang meskipun rindu masih melatarinya..... saya selongkar kelemahan silam.... saya jumpa nilai kasih yang tidak terusik dek rindu yang membekas..... saya jenguk kotak kenangan dengan harapan ada cahaya dulu yang tertinggal untuk saya.... saya tersentuh pada helai kertas bahasa cinta yang tidak kesampaian.... saya rindu..... rindukan Crustacea saya..... Semoga yang terbaik dari Allah untuk kehidupan dia hari ini dan akan datang..... amin.... kadang2 saya sering bertanya... knp saya masih merindu.....? hari ni juga saya rindu pada jejak yang sy tinggalkan di Cheras..... tp sy bersyukur.... ianya tidak lagi menghantui saya.... cuma hati saya degil kerana teramat sakit utk melepaskan sst yang dekat dengan hati saya... dan bila saya teruskan langkah ini nanti saya pasti..... ADDHIYAA" ada menanti utk saya leburkan semuanya.... untuk hati saya tersenyum dan harapan saya rindu ini ada selesai ada detik yang dijanjikan.....

11.20am @ Cyber Cafe

Friday, December 5, 2008

Saya akan kembali....

Salam.....
Izinkan saya berlalu seketika dan pasti satu masa yang akan datang saya akan kembali ke jejak ini untuk terus bersama kalian semua.... ada rindu yang memutik rasa di sanubari. Terima kasih pada semua yang tak pernah sunyi meninggalkan jejak semangat yang menguatkan diri.

sedar tak sedar dh abih janji saya kat IPIK ni.... KPLI (SR) Ambilan Januari 2008. Alhamdulillah. Esok saya balik kg n tunggu result posting. Kemana saja tetap saya terima... hati rasa mcm dekat je nak ke Malaysia Timur..... apapun keputusannya saya redha....

saya tak tahu nak berkata2....

nak wat ucapan laa.... leh tak ? tapi tak tahu nak ucap apa lak..... huhuhuh....

Salam sayang dari saya.....

saya rindu....teramat sangat hingga saya lupa
kenyataannya rindu itu bukan milik saya lagi.

Wednesday, December 3, 2008

Embun yang damai.....

Salam semua... semoga terus diselubungi indahnya kabus saat mentari menjegahkan wajah. semoga senyuman suria esok pagi menjanjikan kita riak tawa yang kekal buat penyeri wajah merah milik kita....

Just came back dari berembun di puncak Bukit Ampang (ada org kata Bukit Langat), saya pun tk pasti sgt yang mana satu, yang pastinya Acha kata area tu dekat ngan umah baru dia.... :). Dari atas bukit sana pemandangan mata ni cukup luas.... merentasi Bandaraya Kuala Lumpur, indah dan menarik dengan pemandangan neon2 yang indah dari atas bukit.... melihat mercu tanda Menara Berkembar KLCC dan Menara KL ada gah dalam hati..... sedikit berbangga jadi rakyat Malaysia ni....
Peace no War....

Saya tenang di atas sana..... berembun dan sedikit berhujan..... melihat karenah manusia yang pelbagai, yang datang berpasangan, ada yang berkumpulan, ada yang sendirian, dan adalah juga saya dan dia yang sudi jadi driver dan bawa saya ke puncak sana..... saya menilai setiap kejadian yang berlaku, saya cuba melihat semuanya dari sudut pandangan yang berbeza. cuba berfikiran positif dan menerima semua kejadian ini dengan makna redha yang meluas dalam hati saya.... kerana ada sedikit ketenangan dipermukaannya.

Angin lembut yang berpuput menyapa wajah buat saya terkesima dan tersedar dari mimpi indah yang mana itu semua hanya fatamorgana yang mengecewakan saya.... sejuk angin Bukit Ampang membekukan rasa di hati saya.... indahnya neon dari atas Bukit Ampang melarik cahaya yang tidak pasti di jiwa saya.... berembun dan akhirnya basah dek hujan meninggalkan saya satu memori yang menenangkan.

Terima kasih sy rakamkan kerana sudi jadi
teman saya bermandikan embun dan
berhujan di puncak sana....

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************