CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, November 21, 2007

Bahasa Hati Tentang CINTA

Dalam hari2 yang berlalu ni, aku rasa kan sesuatu yg kurang memberangsangkan jiwa. seoalah2 ada something yang menjerat dan terus menghimpit. sesuatu yang membuatkan aku tidak tenang. kata Acha, aku mmg tak penah tenang. jiwa aku tak penah sunyi dr gelodak dan resah rasa. apa sebenarnya yg aku cari? macam yg Acha bgth....aku mencari CINTA. benar ke CINTA yg aku cari? aku keliru dgn bahasa yang terbit dari hati aku sendiri. apa yang aku cari? apa yg aku harapkan? apa yang menjadi keutamaan pada aku sekarang ni?

bila bercakap soal CINTA, aku tak jumpa lagi apa itu CINTA SEJATI? sepanjang2 lorong hidup ni, aku pernah berganding tgn dgn bermacam2 jenis dan perangai lelaki. aku mula mengerti erti sebenar yang aku cari. aku bukan perlukan lelaki yg dtg hanya bersama CINTA. aku butuh kan lelaki yang bukan sahaja menerima tp juga akan turut memberi. lelaki yang tahu utk merawat bukan sekadar membebat. aku perlukan seorang yang boleh jadi pelengkap utk episod hidup yg akan dtg. aku tak perlukan lelaki yang manis katanya bisa membunuh setiap gugus harapan yg aku gantung. aku tidak mencari lelaki yang sempurna tp aku kepingin lelaki yang bersedia utk bersama mencari kesempurnaan dgn aku. ada ker lelaki seperti yang aku lakar kan dlm kotak minda ni?

aku pernah temui lelaki yang pd nya aku menjadi sebegitu pasrah..... bersama nya aku boleh tersenyum dan menangis pada detik yg sama. sebegitu besar harapan aku pd dia.....mcm tu juga parahnya aku di hurung kecewa. rupa2nya dia bukan tuk bersama aku mencari kesempurna.... namun sepanjang perjalanan ini, dia lah yang terbaik yang pernah hadir dan berpimpin tangan bersama aku. jauh dalam hati ni, aku rindu kan detik2 4 thn yg lalu... terlalu merindui nya.... dia lah MY LUV CRUSTACEA.

hari ini, ada lelaki yang bersama aku, berjalan pd lorong yang sama, namun aku tak tahu sejauh mana perjalanan ini kami akan bersama. mungkin ada simpang di hadapan yg akan memisah kan kami. aku kini tidak lagi mencari CINTA. aku mencari keserasian yang pasti akan membuahkan CINTA. hari ini, aku tidak lagi heret bersama bayang2 CRUSTACEA. aku cuba lupakan bayangan itu. hari ini aku sedar, aku tak akan jumpa lelaki yg sama mcm dia sekali pun aku menongkah gelombang 7 lautan, menyongsong awan 7 tingkat langit.

Zaim, antara kesungguhan cinta dan inggar kata....kamu kalah untuk tentu kan jln yg sepatutnya kamu berada. jgn lagi salah kan aku dgn apa yg terbentang antara kita. Taufik Affendy, dlm setiap pembohongan itu, aku kini bijak utk menilai patah2 kata yg mustahil utk aku tarik dgn kepercayaan yg aku ada. Maaf, sebab yang ada antara kita hanya kepuraan dan bukan berpaksikan keikhlasan. Ady, kita bermula dgn janji dan yang pasti janji juga yang akan mengakhiri perhubungan kita. aku bukan lagi bodoh utk menelan dan menjadi pengikut kata yang dusta. antara mereka yang pernah ada dlm perjalanan dan di sisi lorong2 yg aku lalui. Hisyam, kita masih mencari erti dari apa yg kita rasa ini. aku tidak lagi menggantung sebarang harapan utk CINTA, namun utk bersama teruskan perjalanan ini.

Untuk Seorang Teman




Ketika Allah memberi ujian
itu pertanda
betapa mulianya
seorang manusia di mata-Nya

Mungkin ujian itu
teramat berat
dan terasa dahsyat
di luar jangkauan hati manusia
serta meninggalkan sejuta tanya
mengapa

Untuk temanku
jika saja
dapat kupinjamkan hatiku
untukmu

ingin kuberbagi laramu
dan memperingan duka di hati
Aku memang tidak dapat membagi hatiku
yang aku bisa hanyalah
berada di sisimu
untuk mendengarkan
isi hatimu

Temanku
bila kini hatimu pecah
dan serpihannya masih berserakan
biarkan aku mengumpulkan
serpihan-serpihan itu
untuk menyatukan kembali hatimu

Percaya lah Teman
Allah sayang sekali
sama Kamu
dan aku
selalu mendoakan
yang terbaik untukmu

Tuesday, November 20, 2007

Kawan, Sahabat dan Teman

Dalam liku2 idup ni aku sering teruja pd istilah kawan, sahabat dan juga teman. siapa yg sebenarnya boleh aku bangga kan menjadi kawan, sahabat mahupun teman.? dalam resah rasa yg panjang ini, aku temui erti keikhlasan satu PERSAHABATAN. bersama dia aku harung segala duka dan luka. dengan dia aku berkongsi gelak tawa dan kegembiraan. disisinya juga aku titiskan airmata bila hati berbicara bahasa gundah. di samping dia aku lirikkan senyum tanda aku berlapang hati saat hati di serakkan secebis damai. dalam banyak hal aku rela korbankan apa saja hanya tuk melihat dia terus tersenyum walau dlm hati nya aku tahu terlalu banyak bahasa duka yg di ungkap nya. apa yg ada dalam kehidupan nya, itu lah yg dia akan kongsi kan dgn aku. hakikatnya kami saling melengkapi walau terpisah oleh jarak dan masa namun itu bukan halangan utk kami bersama harungi landasan kehidupan ini. dia yang aku syg. dia yang aku tumpang sedikit kekuatan, dia yg aku sandarkan bahu tatkala duka bertandang. dia yg beri aku peluang utk bersama dlm ikatan PERSAHABATAN ini. dia lah yg terbaik yg aku ada sepanjang jalan ini....terima kasih kerana tak pernah hilang dari aku...

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************