CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 22, 2009

Harga Setin Sardin, Sebuku Sabun dan 2 Bungkus Mi Segera

Salam utk semua.
Saya sebenarnya letih dan penat sangat. Lately jiwa rasa terbeban oleh sesuatu. Rasa berat dan susahnya nak di hamburkan dengan mudah. Pada siapa? Sedang saya sendiri tidak mampu memahami rentak hati sendiri inikah pula saya nak sandarkan pada orang lain suku sakat kan....? Apapun saya percaya pada ketetapan Takdir yang terbaik untuk saya.

Semalam sekolah adakan sambutan hari guru. Agak lewat tp sambutannya cukup meriah sekalipun dalam sederhana dan serba kurang. Dari acara dewan, ke padang datar, penat dan lelah terbayar tanpa sedar. Saya plak di tugaskan sbg Ajk Pentas cum Ajk Masakan juga.... berkejar2 saya antara dewan masak n dewan sekolah yang jauhnya dalam 5 langkah je... menu yang di persetujui, Tom Yam Udang, Daging Goreng Black Pepper dan Ayam MAsak Merah.... credit tuk Mak Anjang n Lamba (ppm) yang jadi pembantu saya utk sediakan semua itu.

Gambar ini menerangkan tentang tajuk entry saya kali ini. Hati saya cukup tersentuh dengan pemberian tanda saya di hargai ini. Saya tidak pernah berharap saya di beri apa2 adiah dengan kekurangan yang ada kat sini, dengan keadaan masyarakat yang ada, sikit pun tidak terdetik di hati saya untuk dapat apa2 adiah. Pada sesi bersalam-salaman dengan guru, Jeffery John datang pada saya dengan satu bungkusan hadiah dan sekeping kad. "Selamat Hari Guru, Cikgu" (Sambil menghulurkan saya bungkusan dan kad yang di buat hanya dari kertas kosong bersaiz A4) "Untuk Cikgu ke Jeff?" (Jeffery angguk mengiyakan pertanyaan saya). Sebak hati saya seramai2 cikgu, Jeffery memilih untuk bagi bungkusan itu pada saya memandangkan saya bukan guru tahun 6, saya tak ajar kelas Jeffery pun. Cuma pernah saya panggil Jeffery, Liza (kakak Jeffery), dan Sofia buat latihan Matematik bersama....
(Jefferry murid tahun 6, berbangsa Iban + Penan, bukan beragama Islam, murid yang paling nakal di sekolah, terlalu degil, malas belajar, suka buat hal dan create masalah, markah ujian Jeffery semuanya merah dengan purata 35% kecuali kertas BM yang agak2 lulus. Saya pernah umpankan dia dengan buku latihan matematik waktu saya belanjakan duit saya untuk buku2 rujukan dan latihan untuk Sofia (anak angkat saya juga tahun 6). Pada mata saya Jeffery matang, ada keinginan, tapi pergaulan dengan orang yang jauh lebih dewasa dr usia dia mengheret Jeffery berlagak ala2 samseng.) Semalam balik dari sekolah perkara pertama yang saya buat adalah buka bungkusan dan kad dari Jeffery. Setin sardin, sebuku sabun mandi dan 2 bungkus mi segera. Jatuh airmata saya melihat ketulusan Jeffery biarpun dengan harga sardin, sabun dan mi segera. Teringat seorang teman yang menerima sebiji epal dari muridnya..... (kata kawan saya tu, rasa tak nak makan epal tu) dan saya, sardin tu biar la....terus dalam tin itu, mi segera tu biar smpai expired, sabun tu biar smpai hilang wanginya. Esok saya keluar bintulu, niat saya nak belikan buku rujukan dan latihan Upsr tuk Jeffery. Azam saya untuk melihat dia lulus dalam Upsr nnt.

"Saya ucapkan selamat hari guru untuk cikgu, saya berjanji akan jadi budak baik dan pandai" (antara yang Jeffery tulis pada kad untuk saya itu.)

Ini lah Jeffery.... seluar merah dengan baju Pooh itu.

Biarkan gambar bercerita yer.

Persembahan guru dan murid. Gambar atas tu kami menyanyikan lagu Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang dan Guru Pembina Negara Bangsa.

Sesi bersalam-salaman murid dengan guru dan acara sukaneka di padang Sk Sungai Sengian.

Sesi makan2 lepas sumernya tamat....antara menu yang di polah saya.

** Saya di nobatkan sebagai Guru Penyayang pilihan murid2 sini... hahahah penyayang ke saya ni? Mungkin ke Jeffery turut calonkan saya sebagai Guru Penyayang?**

Isnin ni saya balik ke semenanjung
tak sabar untuk melepaskan rindu....
huhuhuhuhu banyak sgt kerinduan ini.

Thursday, May 14, 2009

Rindukan mereka....




Salam....

Saya rindukan mereka-mereka semua. Tidaklah sabar hati saya untuk menguraikan rindu yang bergayutan disanubari ni... ehehehe.... masa yang di hitung makin terasa lambat. Jam seolah kehabisan bateri, terlalu perlahan detik berganti.

Dalam masa lagi 8 hari saya akan kembali kepada mereka-mereka semua. Bagaimana rindunya mereka pada saya (ada ke kerinduan mereka untuk saya?) beban lagi kerinduan di hati saya. Tak sabarnya nak tengok wajah2 mereka.... banyak yang nak saya adukan, yg ingin saya kongsikan...

Kenapa terasa sangat lambatnya waktu berlalu? Setiap hari ada je panggilan yang di buat ke kampung. Kalu bukan no umah, hp pak cik, umah mak long, autie, nenda, adik2, kazen2 yang byk kaletahnya.... byk permintaan sumer.... untuk pertama kali balik ni....sy spendkan sedikit simpanan saya untuk mereka.... tempahan kek lapis aja 2 kali saya tmbh order mencecah RM264. Ole-ole lain saya budget dalam RM300 and huhuhuhu sumer org dah tahu this year punya baju raya saya yang sponsor.... huhuhhu budget laa gk dalam RM2K. Saya mempunyai keluarga besar dengan jumlah 41 orang termasuklah diri saya ini.... dengan pecahan 7 family kecik tak termasuk family abg yang hanya dia n wife je.... juga aunti n nenda saya.... :). Tema tahun ni jiwa saya rasa tenang dengan warna ungu.... tambahan lagi mereka sumer sudah sepakat untuk halang jika niat saya nak amik kaler ijau.... huhuhu tak per...kali ni biar mereka tentukan. Kepuasan tu hadir dalam hati saya.

Balik untuk kali pertama ini saya sudah hebahkan pada sumer, saya nak buat satu kenduri kesyukuran cum tahlil untuk arwah datuk saya. dah lama saya memasang niat ini...since saya masih bersama KP88 lagi... br tahun ini niat saya di mudahkan Allah. Semoga ini mendapat keberkatan Allah.

~titik bersama balam hati yang kepanasan~

Saya baru sahaja hamburkan satu kemarahan yang
dah lama saya kawal.
Saya betul2 ilang kawalan tadi.
Apapun teringat pesanan dia,
"Kala hati kepanasan Istigfar mampu menyejukkannya"
Mohon maaf.

Monday, May 11, 2009

Hidup dan Kesempurnaan.

Salam.

Life is complecated!!! Kenyataan yang tak mungkin ada yang ingin sangkalkan. Tak tahu kenapa saya suka untuk aturkan kembali di ruangan ini bait bicara saya dengan seorang sahabat lewat bicara pagi tadi.

Hidup ni memang susah. Nama lagi kehidupan kan? Even nak sesuap nasi pun banyak yang perlu kita lalui untuk nasi itu masuk ke mulut kita, apatah lagi bila kita cuba persoalkan tentang sesuatu yang jauh lebih susah dari makan nasi. Betul tak?

Bila kita nyatakan kita mencari kesempurnaan. Hakikatnya tidak ada yang sempurna dan semua orang mencari kesempurnaan itu. Saya sendiri juga mencari kesempurnaan dalam hidup. Bila kita mencari sesuatu, kita pasti mengharap dan meminta pada yang HAK kan? Pasti sujud kita panjang setiap kali solat,pasti tangan kita tahu untuk menadah mengucap doa walau sebaris. Dan itulah anugerah bila kita tidak sempurna, bila kita tidak lengkap, ianya membantu kita untuk lebih mengingati Allah swt. Cuba kita bayangkan, bila kesempurnaan itu milik kita, kita akan bertukar menjadi megah, kita akan berasa selesa dengan kesempurnaan itu, bila kita selesa pada satu-satu tahap kita tidak akan berusaha untuk mencari lagi, kita sudah apa apa yang kita nak kan sebelumnya. Pencarian kita berakhir di situ. Kita tidak akan bergerak ke depan lagi. Kita akan lalai dan alpa dengan keselesaan yang ada. Pesan saya pada sahabat saya, juga pesan saya lebih untuk diri saya sendiri, bersyukur kerana kita di anugerahkan ingatan yang berterusan pada DIA, cuba kalau kita selesa dengan kesempurnaan yang kita sudah miliki, mungkin kita tidak lagi sujud yang panjang, mungkin kita sudah lupa untuk menadah tangan berdoa pada DIA. Doa-doa kita juga mungkin semakin pendek kerana kita sudah ada apa yang kita inginkan sebelumnya.

Kehidupan adalah satu pusingan. Lengkap satu pusingan, ianya akan berpusing lagi untuk melengkapkan pusingan yang baru, akan terus berpusing, berpusing lagi dan lagi. Kita semua melihat sesuatu yang sama dengan pernyataan yang berbeza. Interpritasi yang tidak serupa. Macam mana saya mentafsir bola tidak akan sama dengan tafsiran anda sedangkan kita melihat bola yang sama. Itu lah kenyataannya. Saya cuba sampaikan dari hati kerana semua ini dekat dengan saya. Saya taksirkan semua ini untuk saya dan kehidupan saya.


Hati saya gatal nak merajuk
mcm-mcm repekan yang keluar
selalunya saya kalah dengan permainan emosi
yang datang dari diri saya sendiri
emosi yang berantakan hasil kesempurnaan yang di gapai
dan inilah kehidupan...mencari yang sempurna
Rajuk saya musnah dengan ceramah dari dia.
ehehehe.... suka dia spendkan masa untuk jelaskan
sesuatu pada saya.
dan saya saban malam menadah telinga
pengubat buat jiwa yang sering berantakan.
Istigfar itu sebaik-baik makanan hati.

**Semoga yang ada di tangan akan terus ampuh di genggaman**

Friday, May 8, 2009

Takutkan KEBENARAN....

Salam....
Saya kembali menyapa pada laman hati ini.... rindu untuk saya menulis membuak-buak rasa. Tidak sama bila kita bercerita pada telinga seseorang dengan meluahkata untuk tatapan semua. Apa yang datang pada saya dalam bentuk yang berbeza sekali. Semoga perjalanan ini di berkati Allah swt.

Saya masih ingat ada hutang yang ingin saya huraikan di laman ini. Pernah saya buat entry dengan title "Apa yang paling anda TAKUT?" ada beberapa yang setia memberi komen dan pendapat untuk saya dan saya tidak ingin menafikan komen dan pendapat tersebut. Thanks to Acha, Abg Chime, Opah & Ad. Hakikatnya semua orang punya ketakutan masing-masing. Yang membezakannya hanya apa yang mereka takutkan. Ramai orang takutkan kematian, takutkan Allah swt, takutkan pembalasan hari penghabisan, takutkan kehilangan, takutkan kesunyian, takutkan kesepian, takutkan ketinggian, takutkkan air, takutkan kegelapan, dan macam2 bentuk ketakutkan yang saya dapat bila saya ajukan pertanyaan ini.

Pada awal2 saya kenal dia, dia pernah ajukan pertanyaan yang sama pada saya. Saya bgth dia, saya takutkan kesunyian dan kesepian sebab saya dah lemas dengan sunyi dan sepi yang melatari kehidupan saya. Saat saya teringat sepatutnya saya takutkan Allah kerana saya tidak dapat lari DIA walau setinggi mana gunung saya daki, walau sedalam mana laut saya terjun untuk sembunyikan diri, saya ubah jawapan saya, saya bgth dia saya takutkan Allah, takut tulah-tulah dosa tidak di ampunkan DIA, takut balasan atas semua kesilapan dan dosa lalu. Dia gelakkan saya..... katanya terlalu klise, terlalu tipikal..... semua org takutkan Allah, selagi seseorang itu beragama.....tahu buruk baik, tahu adanya dosa dan pahala. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pengasih.... bersihkan hati dengan istigfar sebanyak yang mungkin.... hati akan tenang bersamanya....

Saya diam, cuba mencari apa yang sebetulnya dia cuba dan ingin sampaikan pada saya.... ramai orang takutkan KEBENARAN. setujukah saya dengan pernyataan itu? secara peribadinya saya juga takutkan kebenaran.... takut untuk bercerita tentang sesuatu yang hak. takut untuk menerima apa jua persepsi orang pada saya dengan kebenaran yang di buka. takut untuk melihat penerimaan orang pada saya selepas mereka tahu kebenaran itu. Dan sebab asasnya pada kebenaran juga lah saya rahsiakan kisah calar saya pada orang yang banyak membantu saya mencari jati diri, orang yang menjadi mata dan telinga saya, juga kaki dan tangan saya. Dan orang itu seringkali menjadikan saya tong sampahnya dan saya sendiri sedia untuk menerima apa jua bentuk perkongsian darinya. Saat kemarahan menghambat, saat hatinya calar terluka, saat kecewanya dia pada sesuatu, saat pilihan ada di depan untuk di pertimbangkan, saat keputusan sudah di pilih, dan senyum saya untuk menerima semua itu darinya. orang itu tahu saya sentiasa ada untuk dia...melayan saat jiwanya kacau, gelak jika itu kebahagian buatnya. Orang itu tahu cover tong sampah saya sentiasa terbuka untuknya. (Entry ini bukan untuk orang itu sebenarnya...hanya selingan penguat pada cerita saya kerana orang itu sentiasa hampir dengan saya.... erm nak tahu sapa orang itu?) :-) Alhamdulillah.... orang itu tidak pernah kisah jika saya perlu berahsia padanya.... katanya kita punya hak untuk memilih sesiapa yang layak dan sepatutnya untuk kita kongsikan sesuatu. Dan kenyataannya, saya memilih untuk kongsi dan ceritakan pada si dia saya. Hairan dan pelik sebenarnya.... tapi takdir Allah datang dengan sebab.

Saya tanyakan dia, dengan kebenaran yang dah saya jelaskan pada dia, kenapa dia masih nak menemani saya setiapkali mentari silih berganti bulan? Setiap hari yang saya ada, adanya dia untuk menemani saya. "Saya seorang yang menghargai kebenaran." masih terngiang-ngiang di hujung telinga saya jawapan itu. Katanya seseorang perlu mempunyai keberanian yang jitu untuk membuka satu bentuk kebenaran seperti saya. Ada ucapan SYABAS untuk saya dari dia.... masih saya simpan dalam inbox hp saya. (hihihihi).

Setujukan anda dengan pernyataan saya kali ini. Ramai dari kita takutkan kebenaran kerana selalunya yang benar itu pahit, yang benar itu perit, yang benar itu sakit, yang benar itu berduri, yang benar itu memalukan, yang benar itu racun untuk di bongkarkan.... Dia sambung lagi.... tak ramai parents yang boleh mengaku anaknya seorang penagih dadah, atau anaknya berkelakuan tidak baik, tak ramai isteri/suami boleh menerima dan mengakui kebenarannya bila pasangan curang.... dan banyak bentuk kebenaran yang sukar untuk di tegakkan dalam hati manusia yang penuh rasa tidak percaya. Sekiranya ada yang tidak bersetuju atau tidak dapat menerima olahan kata dari saya, saya susun kemaafan.... ini sekadar perkongsian saya dan dia. Ini sebahagian dari gula-gula batu untuk kehidupan. Satu dari penawar untuk membentuk minda saya yang lebih positif.

Suka untuk saya ulaskan di sini, apapun yang berlaku dalam kehidupan kita serahkan pada ketentuan Allah swt, sebaik-baik perancangan kita lebih baik lagi percaturan dan perancangan Allah swt untuk kita hamba yang bersifat dengan sifat lemah. Dengan gula-gula batu dan penawar ini saya belajar untuk berserah diri pada Allah..... sepenuhnya.

Beban tugas kian bertambah.... sesak sebenarnya
Namun saya menerimanya dengan asas mereka percayakan saya
sekali pun ada ketikanya saya tidak punya keyakinan untuk perform
sebaik yang mereka harapkan.
Semoga Allah memudahkan jalan untuk saya.
Semoga Allah mudahkan jalan untuk dia sama.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************