CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 14, 2008

Kata Hati Aku Yg Tidak Menipu

Salam... selamat pagi, selamat siang, selamat semuanya. Pernah kah anda dengar pada kata hati anda, naluri atau apa yang terbit dari hati kita? tk kira laa tentang apa pun saja.... tp ianya terbit dr hati kita pada saat mungkin kita berkira kira ttg sesuatu. Percaya tak pada kata hati kita, naluri kita sendiri? atau perlu ke kita percayakannya? sebelum ni aku selalu percaya apa yg terbit dari naluri aku itu lah yang paling dekat dengan hati kita. tapi hari ini tanpa ada apa2 paksaan aku pun tk tahu kenapa aku bleh abaikan apa yang aku duk rasa n fikir2 kan....huhuhu.... hari ni hari yang akan aku ingat sepanjang tempoh ber'praktikal' ni.

ceritanya : dari malam semalam lagi aku dh rasa dan duk pk2 kan benda ni...tp aku mcm buat derk jer.... aku ikut je raja malas dalam diri aku ni. pg tadi pun aku still duk pk2 n hati aku berkata yang pensyarah pembimbing mungkin akan datang utk observation..... tp aku terus2an buat penafian.... tup2 td tengahari..... hyundai gold milik En On Ahmad muncul dengan megah di perkarangan SKBTS buat ke sekian kalinya. huhuhu.... saat aku terpandangkan dia.... darah aku berhenti mengalir, rasanya kalu di toreh pun sure tak der darah yang akan menitis keluar..... aku mengalami debaran dan tekanan yang bukan sedikit... hampir2 aku pitam. so tiada penilaian di buat sbb aku tk buat RPH. my core business dlm kerjaya ini bleh aku abaikan.... bleh aku buat derk jer..... mandatori ni... mmg WAJIB. sebelum2 ni aku tk pernah tak wat RPH. kalu ada pun mungkin tak siap 100%....mungkin part closure aku tak buat tak pun tinggalkan part induction.... plg2 pun aku wat RPH tp tk prepare BBB.

moralnya : kena wat RPH tk kira laa apa jadi sekali pun.... kena n WAJIB buat jgn amik mudah semua ini. 2ndnya aku kena percaya pada naluri aku....even kadang2 tak betul sekurang2 nya ia membantu aku utk buat preparation.... huhuhu.

feedback org yang tahu perkara ni :
Rekha & Jeetha : jgn pk yang dh lepas.... think for esok n future.... next time prepare laa.... (Rekha tahu canner rupa aku tghari td)
Wani & Mc Ja : hahaha... padan muka....
Wan Mohd Zafis : knp tak buat? kan tu mmg kerja awak? (Aku mampu snegih tanpa kata even tahu WMZ tak nmpk pun aku tgh sengih waktu tu.... tp aku th tu salah aku)
Mazwan : hah...lain kali amik pengajaran. jangan wat mcm tu lagi... jgn amik mudah bila kt tahu sst itu penting.

pengajaran yang mengajar aku tentang perlunya persediaan tuk apa saja sekalipun kita rasa benda tu remeh.

p/s : td tgk tv lupa dah citer apa dapat sepotong ayat ** Kesusahan adalah jalan kepada kebenaran** renung2kan.



No comments:

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************