CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 31, 2011

Ingin kembali....

Assalamu'alaikum warohmatullAllahiwabarokatuh....

Salam sayang untuk semua yang mengenali saya di maya ini. Rindu sangat untuk terus menyapa kalian seperti dulu. Banyak kekangan dan saya akui terlalu lama saya biarkan laman yang dulunya jiwa saya terbair kosong, dipenuhi sawang dan lalang-lalang tinggi menebal. Semoga kalian masih lagi mengenali saya dan terus ingin untuk jadi teman saya di maya ini.

Banyak sebenarnya yang ingin saya update kan kat sini. Ehehe... saya masih lagi bertapak di bumi bertuah Sg. Sengian, masih lagi seorang Cikgu di lembah ini. :D. (Dalam usaha untuk pindah balik semenanjung... Semoga Allah SWT perkenankan doa dan usaha kami).

Setelah lebih setahun saya senyap dari dunia "BLOGGING" ini, status saya dah berubah. Ramai yang sudah tahu saya kini dah pun jadi PUAN... ehehe. Turun naik kehidupan banyak memberi saya ruang dan peluang untuk belajar dan mengenali kekuatan dan kelemahan diri. Saya bahagia dengan apa yang saya pilih.

Menjadi isteri dan instant Mummy kepada 2 hero (Syahmi & Syamill) sangat mengujakan saya. Suami saya, dialah kini Syurga dan Neraka saya. Semoga Allah SWT permudahkan urusan saya untuk terus cemerlang di mata suami. Anak-anak saya juga kini adalah jiwa dan nadi saya. Semoga Allah SWT tetapkan hati, kasih dan sayang saya untuk terus jadi Mummy yang terbaik untuk mereka yang sedang ingin membesar.

Saya harap ini bukan yang terakhir saya berkata-kata di sini. Jujurnya teringin sangat nak meriahkan laman seperti mula dulu... Semoga Allah SWT buka sedikit ruang untuk saya kembali....

BarokAllahulana....

Monday, September 13, 2010

Haruskah rasa ini ada dalam diri?

Salam....

Aidilfitri dah berlalu, maaf yang di susun rasa amat kosong sebab rasa hati terbahagi 16... hahaha...jujurnya aku jadi terlalu keliru. jadi terlalu sakit. nanah membuak2 memaksa aku berpura2 menahan sakit dan peritnya. senyum sekadar pemanis muka even semuanya topeng hipokrasi. aku jadi rindukan kesusahan2 yang tersedia di SG Sengian dari kemudahan yang ada di KB tapi hati dan seluruh jiwa meronta-ronta. aku sedih. biar pun tidak lagi terzahir di tubir mata tapi hati dan jiwa sedang meratapi rasa. berkali aku cuba dan berkali juga aku gagal. perlukah aku menyimpan rasa bila semuanya pernah aku maafkan.? perlukah lagi aku mengungkit rasa sakit hati ini bila sebenarnya org tak pernah amik tahu tidak mahu untuk tahu. aku yang tersisih meskipun sedaya untuk menghampiri. Allah uji aku dengan rasa yang 16 ini. berjauh hati.... memendam ketidakpuasan hati sendiri.... membiarkan bengkak di hati menjadi nanah dan merebak bagai sel barah.... seterusnya akan merosak semua sistem rasa dalam diri. apa mungkin aku akan mati dengan rasa yang begini?

Esok usia berginjak setahun lagi... alhamdulillah aku masih bertahan sebab aku ada orang sentiasa dan teramat memahami gelodak rasa aku. Senyumnya cukup mendamaikan bila tadi aku hamburkan semua. Dia sentiasa teguh di belakang aku..membetulkan setiap langkah yang silap. Dia yang aku sayang..... SELAMANYA.

Selamat ulang tahun ke 30 Ida.

Friday, July 2, 2010

Terzahir hanya di tubir mata....

Salam.

Lama tak menulis di ruangan ini. Lama sungguh aku tinggalkan medan terapi ini. Ahaks!! Ada sedikit kesal. Ada juga senyum untuk hari2 lepas yang berlalu. Hati seperti selalu nya. Rapuh untuk terus bertahan. Kadang ku kuat setegar karang, kadang ku rapuh lemah liar merana.... cukup2 terkesan di jiwa dan minda aku. Kadang aku rasa aku cukup kuat untuk mendepani hari2 yang mendatang, tp hakikatnya aku lansung tidak kuat. Kadang aku rasa aku mampu untuk terus melalui kekosongan ini sendirian, dan hakikatnya aku tidak pernah mampu untuk teruskan kekosongan ini. Mungkin benar kata seorang teman... aku sedang menanti yang tiada ke? atau aku menunggu orang yang salah? Katanya lagi.... belajar lah mengenali mehnah kehidupan. Dan aku sentiasa belajar untuk menerima hakikat. Kadang aku aku rasa terlalu rapuh.... meliar melorong diri mengikut hanya bisikan hati. Hakikatnya aku masih disini.

Bila Tuhan gerakkan aku untuk membuka buku kecil yang dah lepbih sepuluh tahun usianya...terenjak minda bila hakikatnya ada hutang besr yang belum satu pun aku lunaskan dan hari ni aku berusaha sedaya upaya aku untuk melunaskannya secepat yang boleh. Aku menyedari hakikat mungkin segala apa ujian yang Allah letakkan dihadapan aku adalah sebetulnya peringatan tentang janji dan hutang itu. Sedikit sebanyak semua itu memberi kesan pada aku.

Lingkaran kehidupan yang tidak pernah lari dari darah daging sendiri kadang menyesakkan ruang hati. Dan jujurnya semua itu hanya terzahir di tubir mata. Rasanya tiada daya untuk menuturkan walau sepotong ayat menyatakan rasa kesal dan rajuk di hati. Semoga Allah ampun kan kesalahan aku yang ini. Rajuk ini cukup meninggalkan titik hitam dalam hati aku. Hanya sedikit yang aku inginkan. Hanya kecil permintaan hati aku. Namun susahnya untuk dimengertikan.

Sesuatu yang indah itu kadang kala tidak lagi menarik dari bahasa hati aku. Semua dan segalanya zahir di tubir mata. Tenang sebentar bila merembeskannya.... :D.

Monday, May 3, 2010

nani&idany

...but the best words are kentut&taik. kentut will always followed by taik and taik without kentut is impossible. oohhh what a mess statement i did. huhhh...

but, that is us. met about 5 years ago by the name of nalata & kumpulan perunding, we then turn to a best buddy ever. i was born on 16091980 and she was on 14091980. a 2 days gap. differ character but similarity is still there. lately i am thinking about us. thinking of our life path to the age of 30 this coming september. for certain kind we had a similarity. she was right when she told me about life and love. she keep talking about love to me. but me..a quite heart stone i guess. felt down by the last broken heart (not really broken heart because i dont feel that broken much) and still cant forgot 'him' even nani&idany knew nothing gonna change to give 'him' back to me. he was already belongs to someone ever and after. pray for his happiness. aku sentiasa mendoakan kebahagian sahabat2. and idany is a strong lady in love matters because she never give up on that. i solute that. it is a natural instinct that everyone should have. so do i. but the problem is i dont. but lately i think i should have that feeling too. am i right idany?

idany i knew was a lady never give up in everything she wanted. and will always appreciated on what she had. but me..i am too never give up in what i wanted. but never appreciated when i had it. oohhh what a bad girl i am. i do appreciated it actually but i dont show it. because i dont know how to express it. differ to idany. she knew how to express it. because she had a soft heart. also in love matters when she always had it in her heart and soul. her soul is full of love. unfortunately she yet didnt find her mr. right. i wish we will. insyaAllah. and i also wish i could be like her one fine day (a soul with love. truly deeply love). i really hope so. i mean, a love to a guy that gonna be my soulmate ever. we are now 30 and should have what we are suppose to have ( i know she understand this). i dont know why i keep thinking about this lately.

maybe idany would like to edit this entry. maybe to add for more and make it much interesting to remembered. us. nani&idany i know we different but we live under the same roof. i am saying this because i am start thinking to end my status. i am start thinking to a have a family like others. and i believe idany also did. i always pray the best for my idany. and i knew she never give up on that. and one more thing i knew she will always by my side and supports me when i down. for us. i knew the time will be. sooner or later. G.O.D has decided it to nani&idany. amin.

idany...i really appreciated what we'd going through all these while. i know we are going to be best buddy ever. and i deeply hope we'll catch all of our desire. insyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salinan asal dari blog seorang sahabat. she is my taik n kentut as well. Statement busuk yang selalu kami guna. Busuk dan jijik macammna sekali pun kami berkongsi semua itu. Indah dengan rasa yang kami ada. Lama sebenarnya tak jengah kepala di blog dia... lately byk igtan utk dia, many things berselirat dengan tag nani... ehehehe rasa mcm sudah ada satu jalinan yang sama....bila nani wat entry ini. nothing much aku nak tambah darling. semuanya ada dalam hati kita, seiring bersama masa yang berlalu, kukuh dengan ingatan yang tidak pernah padam.

Pernah aku wat entry in title Nani Mastura Muhammad 2 tahun lepas. Masih juga bersama statement busuk n jijik itu. (ada kat sini) apriasi aku utk dia.

Now, dengan semua rencah yang kita ada, kita larikkan warna damai dan indah utk terus ampuh di bumi Tuhan ini. Hari ni, Nani tidak lagi dengan Nalata, hari ini aku bangga ada saing sobat like Nani Mastura. Kita cari apa yang kita tak der kan? kita cari apa yang kita inginkan untuk satu kehidupan yang lengkap. Kita share dan cari kekuatan dan ketabahan yang sama.

Nani Mastura...
Ini utk mu, utk kita, utk kentut n taik....

Biar sejuta kali kecewa itu datang
aku tidak akan pernah rebah
kerana aku punya kamu

Biar seribu kali luka itu mencarik rasa
tidak akan berdarah lama
kerana kamu ada dan sentiasa
membebat sisa luka yang tinggal

Biar sehebat mana dugaan menghempas diri
aku tidak mudah jatuh
kerana kamu sentiasa ada
jadi bahu untuk aku sandarkan lelah
jadi bahu untuk aku lempiaskan tangis
jadi bahu untuk aku tumpang sedikit kekuatan
jadi bahu untuk bergandingan dan beriringan

Terima kasih untuk perkongsian ini
Terima kasih jadi Nani Mastura dalam hidup aku
Terima kasih kerana tidak pernah
membenci aku walau ada kisah
perit dan pahit untuk kita telan.

Monday, April 19, 2010

Rasa yang tiada rasa

Salam

Rasa yang kian hilang
Rasa yang makin ringan
Rasa yang tiada rasa
Rasa yang tiada rencah
Rasa yang tiada warna

Tanpa rasa yang gembira
Tanpa rasa yang sedih
Tanpa rasa yang sakit
Tanpa rasa yang sihat
Rasa yang tiada nadi

Rasa yang membengkak
Rasa yang penuh nanah
Rasa yang kian membusuk
Rasa yang meloyakan jiwa
Kerana rasa itu kini sakit

Rasa kosong pelengkap sukma
Rasa penuh hilangkan rasa
Rasa yang kini tiada rasa
Rasa yang kini tiada lagi
Rasa ini dengan titik.

Saturday, April 10, 2010

Dia tidak pernah mengerti....

Salam....

Dia tidak pernah mengerti kenapa aku harus buat keputusan ini. Dia tidak pernah mahu memahami alasan yang aku gariskan sejak beberapa bulan yang lepas. Dia tetap ingin meneruskan niat dulu. Masih memujuk untuk lunaskan janji dulu.... Kenapa dia tak nak faham... janji tu dah terbatal dengan sendirinya saat aku tahu dengan hakikat dan mata hati ini menyedari tentang kenyataan bahawa tidak mungkin untuk bersatu dalam keadaan dan situasi yang begini. Susah sgt ke dia nak faham apa yang aku dah ulaskan panjang lebar. Jawapan aku tetap sama dan masih yang serupa. Sedikit aku tak nak ubah dan tak pernah terniat di hati untuk mengubah keputusan ini. Sudah berkali2 aku nyatakan walau segunung sayang aku, walau selaut kasih dan cinta aku... tak semesti akhirnya dengan sesuatu yang indah. Banyak kali sudah aku bgth, biarkan aku sendiri. Jangan lagi di ggu dengan persoalan itu. Cukup laa dengan kesilapan yang pernah aku buat. Tidak mampu lagi rasanya nak tanggung rasa bersalah yang menggunung. Remuk hati dengan kegilaan dia. Memang dia gila.... dan aku juga tidak kurang gilanya... AHHHHHH!!!! tekanan ini dah cukup untuk aku. Jangan la di tambah lagi. Dah lama aku telan setiap yang sakit ini.... sedirian.... Aku tenang dengan cara aku. Tahu walau sejauh mana aku lari, aku tetap tidak akan dapat lari dari rasa hati sendiri...tp selagi aku mampu aku akan tetap lari dari dia. Berkali aku pohon pengertian dia. Berkali aku minta dia fahami setiap patah dari keputusan aku. Berkali sudah aku menangisi semua ini biarpun dia tidak pernah memahami. Aku letih....

Sunday, April 4, 2010

Bertamu Di Kalbu

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Monday, March 22, 2010

Antara derita dan bahagia...

Andai bahagia itu derita dengan mencintai mu, aku pilih derita.
Andai derita itu bila aku bersamamu, aku sanggup kehilangan sejuta bahagia.
Andai derita itu saat kita bersama, aku rela pinggirkan sedekad bahagia.
Andai bahagia hanya sesaat tika kita saling memiliki, biarkan aku terus derita dengan mencintai mu.

Bahagiakah aku memiliki mu dengan hadiah derita buat mereka?
Bahagiakah aku mengambil kamu dari mereka?
Bahagiakah janjinya nanti jika seluruh hati aku menanggung rasa bersalah?
Bahagiakah nantinya aku jika Irfan n Irdina bertanyakan mana Papa mereka?
Yakin aku dengan jawapan hati..... aku pilih derita kerana aku bahagia mencintai mu.
Redha untuk tidak memiliki...

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu....
Luas-luas lautan terbentang, luas lagi cinta aku pada kamu.....

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh luka....

Thursday, March 4, 2010

Bukan nak percaya tapi.....

Salam

Siapa yang dengki dan sakit hati dengan aku ni?

Wednesday, February 17, 2010

Biar aku....

Salam

Biar aku terus diam
Jangan di tanya apa rajuk ku
Biar aku terus membisu
Jangan di tanya apa mahu ku

Biar aku tetap di sini
Usah di soalkan apa puncanya
Biar aku tenang begini
Usah di soalkan retak hati ku

Biar rajuk reda sendiri
Biar terpujuk rasa kecewa
Biar hati bicara sendiri
Biar tenang dari dasarnya

Usah di tanya mengapa begini
Jangan di soalkan kenapa begitu

Monday, February 8, 2010

Aku, rasa dan sakit.

Salam...

AKU RASA AKU SAKIT!!!

Monday, January 25, 2010

Senyum.

Salam
Susah sket skang nak menjengah kat tenet ni... bila semuanya terhad dan terkawal.... aku kena berkejar-kejaran... huhuhu.

Rasa hati yang tenang.... kadang di jenguk rasa walang.... keputusan silap? atau org nya yang salah? perjalanan ini masih panjang, byk simpang, byk juga likunya.

Aku mohon Allah tetapkan hati ni pada jalan lurus menuju keredhaanNYA yang abadi.

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************