CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 25, 2009

....seseorang dan sesuatu itu....

...seseorang itu telah mengganggu saya dengan sesuatu yang saya dah buang dan cuba kuburkan dari lubuk rasa jiwa ini. seseorang itu kini cuba menguji ketahanan saya bila saya berkata tidak. seseorang itu cuba menembusi dinding yang saya bina....

tanya saya pada hati.... tapi tiada lagi jawapannya...apa harus saya laku kan... kembali ke paras normal dan lupakan seseorang dengan sesuatunya itu? mungkin dan tidak mustahil kerana hati saya masih bisu untuk sesuatu itu.... biarpun kadang2 saya hanyut bersama khayalan namun saya masih boleh kembali ke paras normal dan masih terasa kaki ini di bumi yang nyata. masih lagi menyedari hakikat luka dan sakit yang dulu, kesannya masih menusuk sukma, masih melarik calar di hati dan itulah sebab hati ini kian membisu.....



Bicara aku pada semilir senja
bersama harapan, impian dan doa
agar reda luka silam
agar ada titian menuju bahagia
sekalipun bukan emas salutannya
bukan perak asasnya
cukup sekadar kukuhnya untuk aku
bertapak menuju bahagia



Tuesday, February 24, 2009

Ida pinjam yer kak....buat penawar hati

Inikah yang dicari
Takdir yang tertulis
Tersirat dalam diam
Dilupus tak hilang
Ditimbus tetap berkecai
Dikunci penjara mimpi

Bernada sinis..berulam pedih
Hangat di telinga..tersayat di jiwa
Terasa berdesing..nanah memutih
Berpinar di mata.. tertusuk di sukma

Terbuai madah membara
Terlena kala mata terbuka
Terhumban ke ruang kelabu
Terpesona indah sirna pelangi

Teraba aku dalam diam
Terpegang aku belati tajam
Teraba aku dalam kelam
Tercucuk aku duri dalam

Tertoreh berdarah terhiris terbelah
Berkecai bila dikepung berderai bila diungkai

Tersungkur bila ditolak terduduk bila dihenyak
Ada nilai nak dijaga ada sempadan nak di lepasi

Tubir mata kian bergenang
Nafas dihela tersekat didada
Jari kaku beku tergenggam
Tersedar mimpi pentas ilusi
Ruang ini semakin keliru..

Saya pinjam dari entry Kak Azza dengan izinnya mungkin boleh saya jadikan penawar hati yang berbalam ini.
hati yang rapuh ini mohon dimengertikan.
Ingin saja saya jeritkan pada alam dan seluruhnya kerana tusukkan belati dan duri ini merebakkan bisa ke segenap ruang di jiwa saya.
Ya Allah mohon di hilangkan segala rasa yang menggigit sukma.
mohon dikuatkan benteng yang rapuh ini.
mohon disuluhkan jalan menuju kebahagian.
Redha dan belajar untuk menerima kesakitan ini.

Sunday, February 22, 2009

Cerita tentang sedikit kesusahan dan Sabtu yang relaks buat saya....

Salam berhujung minggu untuk semua.
Saya ada kat sekolah ni saja mintak pegang kunci niat dihati nak bertenet sambil nak siapkan presentation sempena lawatan dari rombongan pegawai kewangan KPM Putrajaya yang akan bertandang ke SK Sungai Sengian ni pada 1 Mac 2009 (Ahad) - tak pelik ke dorang ni nak dtg ari minggu.... ni agenda sampingan je kot. GB minta saya wat powerpoint presentation ttg sekolah dan penghayatan visi dan misi sekolah. Alhamdulillah.... hampir selesai. siap utk di persembahkan pada mesyuarat pagi nnt.

Sebenarnya saya mahu kongsi sedikit kesusahan yang menguji bila hujan tidak turun di bumi Sg Sengian ini. Seksa dan deritanya kami-kami rumah atas yang merasa. bila tak ujan air simpan dari tangki mula menyusut. hingga ari ni dah 2 mggu tak ujan. ada ujan 2 ari lepas n malam tadi tp tidak la selebat yang saya harapkan...apapun bersyukur rahmat Allah. dan bila tak ujan, Cikgu Tucho Ak. Changkak akan on kan telaga tiub dan pam/alirkan ke semua tangki yang ada.... malangnya kami di atas sana, air dari telaga tiub itu tidak pernah smpai ke tangki kami. jadi konklusinya saya n yang lain terpaksa meng'exercise'kan diri mengangkut air dari bawah ke atas dengan menggunakan botol mineral kosong 1.5liter. pernah saya angkut 18 botol 4 kali ulang alik.... fuh...benar-benar mencabar keperempuanan saya. kadang bila tk larat sangat panggil je budak2 iban n penan ni tlg angkut. upah la dorg 50sen ke kadang rm1.. tu je laa cara nya. kesusahan yang sedikit ini banyak mengajar saya untuk lebih berdikari dan bersyukur.

Sabtu yang semalam saya tidak kemana-mana ada je bertapa di rumah. 530am dah celik mata, usai solat cadang nak layan mata tp tahu la mata ni tk mo lelap.... si awie suka ganggu (saya dh register nama tuk cicak besar yang mengganggu itu, lately kerap lak dia bbunyi 'ok...'oook....o'oook... mcm tu laa lebih kurang bunyinya tp kuat yang amat.) malas nak pujuk mata tuk lelap saya mulakan aktiviti saya.... mlm tu ujan....jadi sy ada tadah tong kat pancor yang boc0r kat bawah umah.... saya mulakan dengan kemas bilik, bahagian dapur, kemas mini bar saya, lap dapur masak saya, siram tanaman, mop ruang tamu n bilik saya.... and last basuh towel n telekung semayang. huhuhuh..... tamat laa aktiviti dalam 9 pagi, then berbekfes ngan bancuhan oat+anelene relaks smbil baca majalah rapi.... wah....kat bintulu harga rapi mencanak ke RM6.20 kat smenanjung RM4.00 je. beli gak sbb mmg nak baca. huhuhu.

jom relaks dengan bahasa dari gmbar yang saya uploadkan ini.

ini lah katil utk saya beradu...saya sengaja tmbhkan kotak2 sbg alas sbb sakit belakang bila tidur, tilam yang saya beli dulu nipis sesangat....terasa tulang katil kat badan saya.... so far igt nak beli satu lagi tilam tp tak th lagi bila.... gaji ri tu saya dh byk berbelanja untuk mencipta keselesaan kat sini

hah...ini laa yang saya maksudkan berbelanja... saya beli dapur masak, n mini bar tu. itu sbg keperluan saya kat sini...tk larat nak telan mknn dlm tin. ni ruang dapur saya..... gmbr serangga itu lak mereka yang dh mati dari ceruk dapur saya...ari2 kena sapu. dorg ni suka masuk n mati dlm umah... kumbang besar pun ada, yang kecik tk yah citer la....

...dan inilah stok simpanan air saya.... baldi merah n 2 yang kuning tu saya lah tuan punya.... org lain satu baldi je....dorg tu sumer kedekut....sayang nak kuar duit.... saya lak jenis pk utk senang n selesa. biar laa org nak kata saya selfish pun sbb sy dh byk consider dgn mereka sumer. meja letak mini bar n susun botol air tu saya upah si bisu Yau buatkan utk saya.

ini lah kebun mini saya. saya benihkan kangkung dan bayam. sebelum ni sy tk pernah berkebun pun kat sini saya belajar mcm mn nak survive. bekas tu adalah pancor bocor yang Yau dh ganti kan. saya potong isi tanah n letak kat tangga belakang. nak terus berkebun atas tanah sy khuatir sbb a****g n b**i selalu dtg melawat. Kangkung tu dah nmpk tumbesarannya. Bayam je mcm lambat sket...mungkin mmg lmbt kot bayam nak besar. tak kesah la.... janji berhasil.

punya laa saya sayang nak guna air dari baldi yang di simpaoleh n dan sbb tk der baldi lagi saya rendam je telekung n towel dalam plastik n tin yang sy potong. kelakar je. tp tuk survive saya kena pk mcm2 cara dan buat sst yg lain dr org. air dlm tong tu hasil ujan mlm sebelumnya dpt la satu tong. air tu laa saya guna tuk membasuh, n mop lantai sebelum tu.


akhirnya, saya persembahkan reward yang sy redeem tuk diri sdiri...eheheh saya sebenarnya nak masak stim tp memandangkan tidak punya periuk kukuh, saya buat laa ala2 stim dengan cara sy. ini la yang menjadi hidangan saya semalam. Nama ikan ini adalah ikan Tahoi (mungkin nama Iban kot), ada pak cik Iban dtg jual kat skolah saya beli 1 ketul rm4.00 3 ari lepas kalu tk silap saya.

sekian dari saya di tanah damai Sg. Sengian.

mohon di kentalkan rasa di jiwa
dihilangkan sensitiviti yang menggigit jiwa.

Tuesday, February 17, 2009

Sendirian dengan sedikit tertekan.

Salam buat semua pengembara di bumi yang kian tandus nilai kasih sayang insani.

Sistem pesanan ringkas 2 3 malam lepas bagi saya sedikit tekanan.
Lancar sungguh bicara dia. Terlupa agaknya dia sedang melayan bicara seorang perempuan yang rapuh hati seperti saya. Lupa agaknya dia tentang hikayat cerita yang pernah saya senandung kan. Rupanya dia makin lupa kenyataan yang saya tidak pernah meminta dia bersusah payah untuk saya selama hari ini. Dia juga lupa yang saya tidak meminta untuk melalui semua rentetan-rentetan itu. Lupa agaknya yang perempuan ini bersendirian di sini. Jauh dan terasing.

Saya sakit bila orang menilai saya tanpa mengambil peluang untuk lebih mengenali saya. Saya kecewa bila orang melihat saya sebagai perempuan dalam kepuraan. Saya benci bila manusia menghukum tanpa pertimbangan untuk keadilan.

Saya suka di lihat sebagai saya yang kuat. Saya yang tabah. Saya yang tidak pernah sesekali menyusahkan orang lain. Saya yang lebih senang berdikari dari bergantung pada orang lain. Saya lebih rela menghitung keringat sendiri dari mengharap jalan saya di mudahkan oleh orang lain. Malas saya nak hitung. Selemah mana pun perempuan ini, saya sorok dalam gelak dan tawa yang menguja. Sesedih mana pun saya, hanya mereka yang tertentu sahaja dapat berkongsi airmata saya. Sesakit mana pun perempuan ini tidak akan pernah menagih simpati orang lain. Hidupnya saya hari ni bukan untuk menyusahkan orang lain. Sedaya upaya saya cuba untuk jadi yang menyenangkan orang lain, yang memberi ketenangan pada yang lain. Tidak sesekali hidupnya saya untuk menyusahkan warga lain...dan kalau itu berlaku mungkin tanpa sedar saya....dan untuk itu saya mohon sejuta kemaafan kerana perempuan ni terlalu kecewa dengan rentetan hidup yang pernah di laluinya.....

Sudah lama saya tidak menghitungnya...tapi 2 malam kebelakangan ini tidur saya di ganggu dengannya.... tegarnya dia.

Friday, February 13, 2009

Cerita dari Lensa..... #2

Assalamu'alaikum pembuka kata untuk semua yang dekat, jauh atau yang selalu intai2 laman hati saya ini... tidak byk yang ingin saya cerita kan.... hanya membiarkan gambar dari lensa Ben-Q saya menyusun cerita mengikut laras bahasa dari pemahaman kita.

Riang-riang dan cicak hutan yang turut sama mendiami rumah saya. Cicak itu la yang dulunya menakutkan saya dengan bunyinya yang pelik. Tapi sekarang riang-riang dan cicak itu la yang menemani sunyi malam saya di Sungai Sengian.

Suasana pagi di Sengian.... kabus putih menyelubungi alam.....seawal 530 pagi dinginnye menggigit ke tulang hitam...

Rumah Panjang Limai.... dari atas bukit ke rumah saya... ni time banjir ari tu.... tapi alhamdulillah banjir tak smpai ke kawasan sekolah saya....

Mengambil kesempatan berkunjung ke perkampungan Penan. Saja luangkan masa jalan2 ngan anak2 Penan. Dah berjanji makanya perlu di tunaikan.... jalan kaki hampir 20 minit membawa saya ke Kg. Yoh Sebumbun Jaya. Bertemankan anak2 saya, mereka sanggup menunggu waktu balik saya semata2 nak saya pergi ke kampung mereka. Guru Besar tak sangka saya btul2 berjalan bersama anak2 Penan ke sana. Saya amik kesempatan ke Rumah Ketua Kampung, En Yoh bin Mejuai. Gambar atas ; itulah mereka sebahagian anak2 Penan yang menjadi buah hati saya di sini yang teruja bila saya bgth ingin ke kampung mereka.

Kaum ibu bangsa Iban mencari ikan untuk santapan.... huhuhu.... ini dalam perjalanan balik dari Kg Yoh.... melihat aktiviti seharian mereka berikan saya satu pengalaman yang sy tidak jumpa di Semenanjung. Kebudayaan dan adat yang berbeza sama sekali.

hehehe.... ini lah hasil kunjungan pertama saya ke Kg Yoh.... paku pakis dan la midin. rajin anak2 Penan ni berpanas carikan sayur tu untuk saya.... tak abih untuk kami ber4. saya agihkan sikit untuk Cikgu Mai.

Sekian sahaja cerita hari ni.....

Friday, February 6, 2009

Aku, Cinta dan Saya.....

Aku mungkin tidak seteguh matahari, megah terang menghias siang, aku mungkin sekadar jalur pelangi, menumpang cahaya selepas hujan reda.
Mengubah pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka.
Rasailah kehadiran aku ibarat kalian menatap pelangi sesudah hujan disebalik cerahnya mentari siang.
************************************
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu menjadi emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi Rahmat.
Carilah cinta sebegitu kerana kita pasti akan tenang bersamanya.
Jangan tanya aku wujudkah cinta tulus itu kerana aku juga dalam pencarian cinta ini.
Mungkin lain dari kebiasaannya....
saya sekadar berbicara dari tanah damai Sg Sengian
bersama bisingnya anak2 iban di padang datar sana,
dan saat ini saya terkenangkan cinta lalu yang pernah
mengisi ruang hati ini.
Kenapa saya masih merinduinya?
Adakah jawapan untuk persoalan itu?
Hari ini saya senyum dalam desah hati yang membingit jiwa.
Saya akui, saya kian betah di belantara Sg Sengian ini.
Saya kian mampu untuk terus memeluk wajah dahaga
anak-anak Iban dan Penan di sini.
Saya mampu sudah untuk bangun seawal 5 pagi.
Saya mampu kini menahan dinginnya air di kaki bukit ini.
Saya sudah bijak kini mengatur masa antara Zuhur dan Asar,
Maghrib dan Isyak.
Saya mampu dan boleh untuk mengukir senyum menahan
bau yang bermacam-macam dari anak2 ini....
Saya fikir saya mampu untuk terus bersenam
menuruni dan menaiki anak tangga menuju atas.
Saya fikir saya kuat lagi untuk terus angkut mineral water
setiap kali berbelanja.
Mungkin yang berat.... saya tidak daya lagi untuk terus
menelan makanan siap dari tin....
2 minggu ini, serunding dan keropok segera yang Mak Long kirim
menjadi santapan saya.... dengan kicap dan sos cili life....
bestnya.... yummy!!
Hari ini, saya punya keyakinan untuk terus memahat tapak
di tanah damai Sg Sengian ini.
Dalam kesusahan yang sedikit ini saya bersyukur pada
Allah kerana dengan kuasanya dan kehendak DIA lah
saya berpeluang merasai pengalaman seindah ini.
~~~~~~~~~~~
Saya : Hairi kenapa hari ini kamu mandi?
Hairi : Kamu kan cikgu suruh saya mandi?
** Sampai mati saya akan ingat dialog indah ini**

Bahasa dari jiwa

Aku tidak setegar mentari, megah terang menghias siang. Aku mungkin hanya sejalur pelangi yang menumpang cahayanya mentari selepas hujan berlalu. Aku berubah dalam pelbagai warna, merona ceria penawar buat yang berduka. Rasailah kehadiran ku ibarat kau menatap pelangi sesudah hujan di balik cerahnya sinar mentari.

*********************************************************

Jangan terlalu memuji jika dihati tak pernah memuja

*********************************************************